Covid-19: 229 kes tempatan, 6 import

PUTRAJAYA 9 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam terus mencatatkan peningkatan dengan merekodkan 235 kes termasuk enam kes import berbanding 226 kes termasuk tiga kes import kelmarin.

Menurut data portal KKMNow, jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,044,439 yang meliputi 5,005,732 kes tempatan dan 38,707 kes import.

Satu kematian baharu direkodkan semalam, iaitu kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini 36,967 orang termasuk 7,877 kes BID.

Sementara itu, jumlah kes aktif naik sedikit kepada 9,253 berbanding 9,235 kelmarin, dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,916 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit di pusat kuarantin (PKRC), manakala 330 pesakit atau 3.6 peratus mendapat rawatan di hospital, tujuh daripada pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dan satu kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam tempoh yang sama, 216 lagi pesakit dilaporkan sembuh semalam dan ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 4,998,219.

Bagi kes harian negeri, Selangor mencatatkan 63 kes berbanding 52 kelmarin manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 81 kes termasuk satu kes tempatan.

Related posts

Leave a Comment