JOHOR BAHRU 5 Mac – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menggerakkan tiga aset milik baginda, ‘air boat’ berkuasa tinggi bagi operasi menyelamat, memindah serta membantu mangsa yang terjejas banjir di negeri ini. Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Johor, ‘air boat’ berkenaan yang dikemudi oleh Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim memulakan perjalanan dari Jeti Gersik, Muar menuju ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gombang yang menempatkan 47 keluarga, hari ini. Tunku Abu Bakar kemudian ke lokasi kedua iaitu Jeti Galeri Darurat…
Read MoreDay: March 5, 2023
55,000 di PPS tiga negeri
KUALA LUMPUR 5 Mac – Setakat pukul 8 malam ini, hampir 55,000 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri Johor, Melaka dan Pahang manakala keadaan banjir di Selangor dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya. Johor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 50,596 orang di mana Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan 15 lagi PPS dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan 268 pusat beroperasi di semua 10 daerah. Batu Pahat paling teruk terjejas dengan 19,883 mangsa daripada 5,619 keluarga diikuti Segamat 13,527 orang daripada 3,969 keluarga, Kluang 4,893 orang/1,402 keluarga, Muar…
Read MoreUMNO sedia dedah surat RoS isu jawatan Presiden, Timbalan
ALOR SETAR 5 Mac – UMNO sedia mendedahkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang menerima usul ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu berhubung jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Presidennya, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan meminta Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan menerbitkan salinan surat berkenaan bagi memberhentikan segala isu yang timbul berkaitannya. Ahmad Zahid berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob sebelum ini supaya mendedahkan surat tersebut. “Semalam di Pulau Pinang saya sudah nyatak (bahawa RoS menerima usul yang diluluskan pada Perhimpunan…
Read MoreBanjir di Johor tidak perlu darurat
SEGAMAT 6 Mac – Kerajaan tidak akan mengisytiharkan darurat susulan situasi bencana banjir buruk yang dihadapi Johor ketika ini, berikutan keadaannya masih terkawal, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri, berkata pengisytiharan darurat kerana banjir tidak perlu dilakukan berikutan hujan dijangka berkurangan dalam tempoh beberapa hari akan datang. “Keputusan kerajaan tidak isytihar darurat kerana hujan dijangka berkurangan dan di beberapa tempat (banjir) sudah sedikit surut, walau beberapa tempat mengalami banjir termenung. Ini mengambil masa sedikit untuk surut. Namun tidak perlu darurat setakat ini kerana keadaan cuaca semakin baik dan banjir agak berkurangan.…
Read MoreRTB RM600 juta disegerakan Jun
SEGAMAT 5 Mac – Semua projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM600 juta ke atas diarahkan supaya diluluskan dan disegerakan mulai Jun ini bagi mengelakkan bencana banjir berulang semula sekali gus menjejaskan rakyat. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, isu banjir memerlukan tindakan yang serius kerana jika tidak, ia akan berulang. “Banjir ini bukan kali pertama, bertahun-tahun dan di sini sudah dua kali banjir besar. Oleh itu kita putuskan projek mahal RM600 juta atau lebih untuk RTB akan disegerakan. Itu kita lulus dan akan segerakan,” katanya. Beliau berkata, penangguhan sementara RTB…
Read MoreBerita pilihan…
5 negeri catat 48,967 mangsa banjir
KUALA LUMPUR 5 Mac – Lima negeri merekodkan 48,967 mangsa banjir membabitkan 14,194 keluarga yang dipindahkan ke 294 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi ini. Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Johor mencatat bilangan mangsa banjir tertinggi membabitkan 44,860 orang melibatkan 13,029 keluarga yang ditempatkan di 260 PPS berbanding 42,704 orang. Ini diikuti Pahang p dengan 2,978 mangsa banjir melibatkan 874 keluarga berlindung di 23 PPS, manakala Melaka merekodkan 471 orang (126 keluarga) di lima PPS sekitar Alor Gajah dan Jasin. Selangor yang menjadi negeri terbaharu dilanda…
Read More170 kes harian Covid-19, tiada kematian
PUTRAJAYA 5 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam menunjukkan penurunan dengan merekodkan 170 termasuk dua kes import berbanding 204 kes kelmarin. Menurut data portal KKMNow, jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,043,626 yang meliputi 5,004,933 kes tempatan dan 38,693 kes import. Tiada kematian baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini kekal 36,965 orang termasuk 7,876 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, jumlah kes aktif turun sedikit kepada 9,239 berbanding 9,247 kelmarin, dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,934 kes atau 96.7 peratus pesakit sedang menjalani…
Read More