5 negeri catat 48,967 mangsa banjir

KUALA LUMPUR 5 Mac – Lima negeri merekodkan 48,967 mangsa banjir membabitkan 14,194 keluarga yang dipindahkan ke 294 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi ini.

Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Johor mencatat bilangan mangsa banjir tertinggi membabitkan 44,860 orang melibatkan 13,029 keluarga yang ditempatkan di 260 PPS berbanding 42,704 orang.

Ini diikuti Pahang p dengan 2,978 mangsa banjir melibatkan 874 keluarga berlindung di 23 PPS, manakala Melaka merekodkan 471 orang (126 keluarga) di lima PPS sekitar Alor Gajah dan Jasin.

Selangor yang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir pula mencatat 71 mangsa banjir melibatkan 17 keluarga di dua PPS di Kuala Selangor dan Petaling.

Di Negeri Sembilan, Tampin yang terjejas banjir bagaimanapun merekodkan penurunan kepada 587 mangsa (148 keluarga) di empat PPS berbanding 653 orang (170 keluarga) semalam.

Related posts

Leave a Comment