100 perjalanan sehari bulan Ramadhan

JEDDAH: Kereta api kelajuan tinggi Haramain Express, akan meningkatkan jumlah khidmat kereta api antara Makkah dan Madinah kepada lebih 100 perjalanan setiap hari sepanjang Ramadan.

Langkah itu dibuat setelah mengambil kira kehadiran ramai jemaah Umrah dan pengunjung ke Arab Saudi dalam tempoh itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Muhammad di Madinah. 

Difahamkan Haramain Ekspress menerima jumlah tinggi jemaah Umrah dan pengunjung ke bandar-bandar suci Makkah dan Madinah, serta pengunjung ke bandar Jeddah dan Bandar Ekonomi Raja Abdullah Rabigh, menerusi lima stesen. 

Kereta api yang menghubungkan Makkah dan Madinah menerusi Jeddah dan Rabigh itu, telah melakukan lebih 25,000 perjalanan sejak ia mula beroperasi, dengan 95 peratus daripadanya mengikut jadual. 

Buat masa ini, terdapat 58 perjalanan dua hala antara Makkah dengan  Sulaymaniyah, serta 26 perjalanan antara stesen Sulaymaniyah dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz. 

Semasa waktu sibuk, terdapat dua perjalanan setiap jam antara Makkah dengan Madinah dan satu perjalanan setiap jam antara stesen Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz dengan stesen Makkah. 

Related posts

Leave a Comment