Agihan vaksin perlahan di Afrika

PROGRAM Pengedaran Vaksin Global (COVAX) menyasarkan untuk mengagihkan 520 juta dos vaksin Covid-19 ke Afrika pada tahun ini dengan pengagihan dijangka meningkat mulai September ini.

Pengarah Urusan COVAX, Aurelia Nguyen, berkata kelewatan agihan antaranya berpunca daripada sekatan eksport India yang menghalang COVAX daripada mendapatkan dos dari Serum Institute of India.

Ia merupakan salah satu pengeluar vaksin terbesar dunia yang dibangunkan AstraZeneca.

Menurut Nguyen, setakat ini COVAX sudah mengagihkan 25 juta dos vaksin ke 44 negara Afrika dan menjelang akhir suku pertama 2022, COVAX menyasarkan untuk membekalkan hampir 850 juta dos vaksin ke benua itu.

COVAX kini mengadakan perbincangan dengan pemerintah India dan Serum Institute of India berhubung penghantaran semula bekalan dari negara itu menjelang akhir tahun ini.

Related posts

Leave a Comment