MARAN 3 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agensi kerajaan melakukan kajian terperinci, bagi mengurangkan risiko dan mengatasi banjir. Seri Paduka bertitah, penyelesaian secara jangka pendek dan panjang seperti projek tebatan banjir dan usaha mendalamkan sungai yang semakin cetek perlu kerana masalah banjir kini kerap berlaku. “Kos boleh difikirkan kemudian tetapi kita kena mencari punca sebab selalu banjir, setiap tahun, setiap bulan. Ini juga tertakluk kepada sungai kecil dan longkang di bandar yang tidak diselenggara dengan baik. Macam-macam sampah dilontar sewenang-wenangnya yang mungkin menjadi…
Read MoreDay: March 3, 2023
Larangan kuliah orang politik di masjid, surau
KUALA TERENGGANU 3 Mac – Semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Dewan Negara tidak dibenar menggunakan masjid serta surau di seluruh Terengganu sebagai pentas kuliah atau ceramah. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, larangan bertujuan memastikan masjid dan surau tidak disalah guna, selain mengelak pengisiannya bercampur aduk dengan unsur politik kepartian. Selain kuliah dan ceramah, katanya, larangan turut meliputi pengajaran agama di masjid dan surau, selain bertindak sebagai khatib dan iman solat Jumaat. Bagaimanapun,…
Read More100 perjalanan sehari bulan Ramadhan
JEDDAH: Kereta api kelajuan tinggi Haramain Express, akan meningkatkan jumlah khidmat kereta api antara Makkah dan Madinah kepada lebih 100 perjalanan setiap hari sepanjang Ramadan. Langkah itu dibuat setelah mengambil kira kehadiran ramai jemaah Umrah dan pengunjung ke Arab Saudi dalam tempoh itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Muhammad di Madinah. Difahamkan Haramain Ekspress menerima jumlah tinggi jemaah Umrah dan pengunjung ke bandar-bandar suci Makkah dan Madinah, serta pengunjung ke bandar Jeddah dan Bandar Ekonomi Raja Abdullah Rabigh, menerusi lima stesen. Kereta…
Read MorePilih calon tepat, terbaik – Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR 3 Mac – Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan perwakilan supaya memilih calon yang tepat, terbaik dalam kalangan calon yang ‘baik-baik’ dan mampu memberi khidmat bakti terbaik kepada parti. Katanya, UMNO mahu satu pasukan yang kuat yang dapat bersama-sama membina semula kekuatan untuk menterjemahkan hala tuju, bangkit 2.0 kerana parti mahu terus relevan walaupun hanya sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan. Berucap pada majlis pengumuman calon pemilihan UMNO peringkat pusat di sini, beliau mahu pemilihan kali ini dapat membuktikan (kesepaduan) kepada pihak luar yang selama ini memandang seolah-olah UMNO…
Read MoreBerita pilihan…
244 kes harian Covid-19, lima kematian
PUTRAJAYA 3 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam menunjukkan peningkatan dengan 244 kes termasuk dua kes import berbanding 217 kes kelmarin. Menurut data portal KKMNow, jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,043,252 yang meliputi 5,004,565 kes tempatan dan 38,687 kes import. Lima kematian juga direkodkan semalam termasuk dua kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini 36,965 orang termasuk 7,876 kes BID. Sementara itu, jumlah kes aktif naik sedikit kepada 9,256 berbanding 9,230 kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,896 kes atau 96.1 peratus…
Read MoreMangsa banjir Johor lebih 33,000
JOHOR BAHRU 3 Mac – Jumlah mangsa banjir di semua 10 daerah di Johor yang dipindahkan melonjak kepada 33,149 penduduk. Setakat pukul pukul 8 pagi ini, mereka yang dipindahkan melibat 9,354 keluarga, yang ditempatkan di 217 pusat pemindahan sementara (PPS). Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dr Azmi Rohani, berkata hujan lebat yang terus melanda hampir semua daerah sejak petang semalam menyebabkan jumlah mangsa banjir negeri ini terus meningkat. Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Segamat menjadi daerah paling terjejas dengan mangsanya meningkat kepada 12,186 orang daripada 3,519…
Read More