Agong kunungi Bazar Ramadan

LABUAN 31 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengunjungi Bazar Ramadan di Labuan Walk di pusat bandar di sini.

Ketibaan Seri Paduka berdua kira-kira pukul 3.55 petang disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail dan ketua jabatan kerajaan pada jam 3.55 petang.

Kehadiran Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong itu menarik perhatian para pengunjung dan peniaga di bazar berkenaan.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan membeli juadah berbuka puasa dan beramah mesra serta berswafoto dengan pengunjung-pengunjung di Bazar Ramadan tersebut.

Bazar Ramadan di Labuan Walk menempatkan sejumlah 209 gerai yang menawarkan pelbagai juadah kuih-muih, lauk-pauk serta minuman untuk berbuka puasa.

Seri Paduka Baginda berdua berada di Labuan dalam lawatan tiga hari sehingga Ahad ini, dan dijadual berangkat menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Jamek An Nur.

Related posts

Leave a Comment