Permohonan Najib Razak ditolak

PUTRAJAYA 31 Mac – Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib Razak untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. Keputusan majoriti 4-1 itu dibacakan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat. Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim itu membuat keputusan bertentangan. Anggota panel lain ialah hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais. Najib, 69, yang kini menjalani hukuman…

Read More

Sokong kepemimpinan baharu

MELAKA 31 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu,  Sulaiman Md Ali menyeru rakyat negeri ini untuk terus memberikan sokongan, dokongan dan kerjasama yang terbaik kepada barisan kepemimpinan Kerajaan Negeri Melaka yang baharu. Katanya, demi negeri Melaka yang tercinta, beliau merayu rakyat memberi sokongan sama seperti yang telah diberikan kepadanya sebelum ini sebagai Ketua Menteri. Beliau turut menzahirkan penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan  terima kasih kepada rakyat Melaka, atas segala sokongan, dokongan, pandangan, cadangan mahupun kritikan yang diberikan sepanjang beliau melaksanakan amanah tersebut. “Saya dan keluarga mendoakan agar seluruh rakyat dan…

Read More

Letak jawatan sebab desakan hati – Sulaiman

MASJID TANAH 30 Mac –  “Dah penatlah, bagi dia orang pula,”. Itu jawapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Sulaiman Md Ali apabila ditanya mengenai peletakan jawatannya.sebagai Ketua Menteri Melaka. Beliau berkata, keputusan itu ikhlas dan tiada desakan atau paksaan daripada mana-mana pihak untuk beliau meletakkan jawatan sebaliknya tindakan itu mengikut desakan hati, yang datang dari naluri. Menyifatkan perkara itu selesai, beliau yang menjawab sama ada desakan hati itu menyebabkan ‘hati sakit’, Sulaiman berkata: Jangan sakit hati, sebab sakit hati ini datangnya sakit janting. Jangan macam tu,” Pada masa yang…

Read More

UMNO cadang Rauf KM Melaka Ke-13

KUALA LUMPUR 30 Mac –  Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan parti itu sudah menghantar nama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Ab Rauf Yusoh, sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu. Timbalan Perdana Menteri itu berkata, UMNO sudah mengutuskan warkah kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, untuk menerima peletakan jawatan  Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri. “Saya sudah mengutuskan warkah kepada TYT Melaka untuk menerima peletakan jawatan Ketua Menteri (Sulaiman) dan dengan ini parti mencadangkan melalui warkah itu Datuk Seri Rauf sebagai Ketua Menteri yang baharu,” katanya.…

Read More

18 kematian keracunan ikan buntal sejak 1985

PUTRAJAYA 30 Mac – Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata larangan penjualan ikan buntal sudah ditetapkan dengan jelas mengikut Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1972. Di samping itu, Seksyen 13 Akta Makanan 1983 turut menerangkan dengan jelas mengenai larangan penjualan makanan mengandungi atau di atasnya bahan beracun, berbahaya atau sebaliknya yang memudaratkan kesihatan. “Oleh itu, ikan buntal yang mengandungi toksin berbahaya tidak dibenarkan dijual,” katanya dalam kenyataan, hari ini susulan kes seorang wanita maut manakala suaminya dimasukkan ke Unit Rawapan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK)…

Read More

6 subjek perlu tambahan guru

KUALA LUMPUR 30 Mac – Enam mata pelajaran teras memerlukan tambahan bilangan guru di sekolah setakat 28 Februari lalu, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying. Mata pelajaran itu adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Seni Visual serta Sejarah. Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) telah melaksanakan pengambilan 22,327 guru melalui kaedah one-off dan kluster mata pelajaran bagi tempoh 2021 hingga Januari 2023. “Bagaimanapun, kita ada perancangan untuk melakukan pengambilan guru pada April hingga Jun ini, kita akan ambil guru dari universiti luar,” katanya menjawab…

Read More

KM Melaka baharu angkat sumpah esok

AYER KEROH 30 Mac –  Istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Melaka yang baharu akan diadakan pukul 3 petang esok berikutan peletakan jawatan  Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12. Setiausaha Kerajaan Negeri, Zaidi Johari dalam kenyataannya berkata, istiadat itu akan berlangsung di Dewan Sri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, di Kompleks Seri Negeri, di sini. “Adalah dimaklumkan bahawa, TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka sudah pun menerima surat peletakan jawatan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12. “Sehubungan itu, berdasarkan Perenggan…

Read More