Covid-19: Kes jangkitan harian 204

PUTRAJAYA 25 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam turun sedikit dengan merekodkan 204 kes termasuk lima kes import berbanding 224 yang dilaporkan kelmarin. Menurut data portal KKMNow,  jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 5,042,015 iaitu 5,003,341 kes tempatan dan 38,674 kes import. Semalam juga, tiada kes kematian baharu dilaporkan dan jumlah kematian kekal 36,957 orang termasuk 7,873 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, jumlah kes aktif berkurangan semalam iaitu 9,220 berbanding 9,270 kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,907 kes atau 96.6 peratus pesakit…

Read More

Lawatan Seri Paduka ke UAE

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk lawatan khas selama tujuh hari. Menurut hantaran di Facebook Istana Negara, pesawat khas membawa Seri Paduka dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada pukul 3.15 petang waktu tempatan (7.15 malam waktu Malaysia), semalam. Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah disambut Pengerusi Abu Dhabi Crown Prince’s Court, Sheikh Hamed Zayed Al-Nahyan dan Duta Besar Malaysia ke UAE, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.

Read More

Dr Zambry mohon sokongan demi tugas parti

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,  Dr Zambry Abdul Kadir menyertai saingan bagi perebutan jawatan Naib Presiden UMNO pada Mac ini untuk terus melaksanakan tugas demi parti tercinta. “Saya dengan ini memohon sokongan, dokongan daripada sahabat-sahabat sekalian untuk saya melaksanakan tugas ini,” katanya dalam satu hantaran video melalui Facebooknya. Dr Zambry yang juga Menteri Luar menyerahkan borang pencalonan di Menara Dato’ Onn pada Jumaat, sekaligus menepati ramalan bahawa beliau akan menyertai saingan bagi jawatan No. 3 parti itu. Setakat ini, tujuh orang termasuk dua penyandang…

Read More

G13 termasuk Dr Mahathir sertai Putra

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Tun Dr Mahathir bersama 13 lagi ahli (G13) yang meninggalkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sah menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pada Jumaat. Bekas Ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang, Armin Baniaz Pahamin mengesahkan mengenai perkara itu di laman Facebook hari ini. Menerusi status yang dimuat naik, Armin berkata semua G13 termasuk Dr Mahathir mendaftar keahliannya bagi meneruskan perjuangan politiknya bersama Putra. “Misi dan matlamat kita perlu jelas untuk menjayakan sesuatu perjuangan. Perjuangan utama ialah untuk penyatuan orang, parti dan pertubuhan Melayu. Doakan semoga Allah permudahkan…

Read More

Dr Shamsul Anuar hormati pandangan semua

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Ahli Parlimen Lenggong, Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang sebelum ini disebut-sebut akan menawarkan diri bagi jawatan Naib Presiden UMNO hanya akan mempertahankan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Katanya , beliau memahami dan menghormati pandangan dan permintaan semua pihak tetapi setelah membuat pertimbangan mendalam dan sewajarnya, beliau memutuskan untuk mempertahankan kedudukan sebagai Ahli MKT UMNO. “Maka dengan rendah diri, saya sekali lagi menawarkan diri dan ingin mempertahankan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia bagi sesi 2023-2026. “Tiada lain niat saya, melainkan kerana Allah…

Read More

Pengalaman Pahang dorong MB tanding Naib Presiden

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Pengalaman, sumbangan dan kejayaan parti di Pahang mendorong Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan bulan depan. Katanya, UMNO Pahang banyak membantu parti ketika 22 bulan pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan dan mencetuskan kemenangan pertama parti di PRK Parlimen Cameron Highlands, selepas PRU-14. Beliau berkata, kebangkitan di Cameron Highlands diteruskan di PRK  di Semenyih, Rantau, Tanjung Piai, Kimanis, Chini dan Slim River di samping peranan membantu kemenangan parti dalam Pilihan Raya Negeri di Sabah, Melaka dan Johor.…

Read More

CUEPACS kecewa tiada kenaikan gaji

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kecewa Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah tekanan kos sara hidup yang dihadapi oleh penjawat awam ketika ini. Presiden CUEPACS, Adnan Mat, berkata tiada sebarang komitmen yang diberikan oleh kerajaan untuk menilai semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam melalui model gaji dan upah yang mampu meningkatkan pendapatan penjawat awam supaya lebih baik berbanding peningkatan kos sara hidup. “Faktor gaji dan upah menjadi perkara yang mendesak pada ketika ini kerana kadar…

Read More

7 sahkan rebut 3 jawatan Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR 24 Feb. –  Sekurang-kurangnya tujuh pemimpin UMNO sudah mengesahkan pencalonan hari ini untuk bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu bulan depan. Menjelang hari terakhir pengesahan pencalonan Ahad ini, ramai pemimpin tampil menyerahkan borang pencalonan masing-masing hari ini bagi merebut jawatan utama parti termasuk bagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Hari ini, sekurang-kurangnya lima lagi pemimpin mengemukakan pencalonan mereka bagi merebut jawatan nombor tiga tertinggi parti itu. Ahli MKT, Reezal Merican Naina Merican mengesahkan pencalonannya untuk jawatan Naib Presiden diikuti seorang lagi Ahli MKT…

Read More

UMNO: Ramai muka baharu tawar diri bertanding

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Sehingga semalam, Khamis 23 Februari, sebanyak 11,369 calon telah mendaftarkan diri untuk bertanding pelbagai jawatan di peringkat pusat dan bahagian di seluruh negara. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023, Shahrir Abdul Samad berkata, sambutan yang diberi amat menggalakkan dan jumlah itu dijangka meningkat menjelang hari terakhir pencalonan Ahad ini. Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 270 calon menawarkan diri untuk jawatan di peringkat pusat yang merangkumi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) serta Exco bagi sayap Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO. “Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan ianya…

Read More