Tambah RM500 bagi baki caruman KWSP

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Kerajaan bersetuju menambah caruman RM500 ke dalam Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pencarum berusia 40 hingga 54 tahun yang memiliki baki simpanan kurang RM10,000 dalam akaun berkenaan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif dalam Belanjawan 2023 itu adalah sebahagian usaha kerajaan untuk membantu mereka membina semula simpanan persaraan yang berkurangan susulan pengeluaran ketika pandemik Covid-19. Bagi tujuan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kerajaan memperuntukkan hampir RM1 bilion bagi meningkatkan simpanan persaraan hampir dua juta pencarum KWSP yang menghampiri usia persaraan.…

Read More

BELANJAWAN 2023: MEMBANGUN MALAYSIA MADANI

Dato’ Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bernama “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua sekarang. MUKADIMAH Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Firman Allah dalam Surah Yusuf, ayat 55: Nabi Yusuf berkata: “Jadikanlah aku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir), sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik- baiknya (Amanah), lagi mengetahui (cara mentadbirnya). Kisah Nabi Yusuf AS ini dirakamkan Allah SWT ketikamana Raja Al-Aziz, yakni…

Read More

Selepas 26 tahun Anwar kembali bentang bajet

PUTRAJAYA 24 Feb. – Selepas 26 tahun,  Anwar Ibrahim hari ini kembali lagi ke Dewan Rakyat bagi membentangkan Belanjawan 2023 di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinannya yang dijadual pada 4 petang hari ini. Menteri Kewangan itu muncul semuka dalam pembentangan belanjawan negara selepas kali terakhir beliau memegang portfolio itu pada tahun 1998. Ini kali pertama Kerajaan Perpaduan yang dibentuk pada 2 Disember 2022 pimpinan Anwar sebagai Perdana Menteri membentangkan belanjawan selepas kali terakhir beliau memegang portfolio itu pada tahun 1998. Ditanya perasaannya selepas 26 tahun kembali membentangkan belanjawan, Anwar ketika ditemui…

Read More

Tiada tauliah mengajar, kuliah UAI batal

SHAH ALAM 24 Feb. – Tidak ada tauliah mengajar di negeri ini menjadi punca pembatalan Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, yang mengesahkan demikian berkata, hasil semakan pihak jabatan itu, UAI tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama Islam di negeri ini. “Kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) / JAIS adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa di Selangor. Semua individu yang mengajar berkaitan…

Read More

Ketua Wanita: Noraini sedia hadapi Shahrizat

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Dr Noraini Ahmad hari ini menyerahkan borang pencalonan untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya pada pemilihan parti bulan depan. Berikutan pengesahan itu, setakat ini Noraini akan dicabar oleh bekas pemimpin sayap parti itu Sahrizat Abdul Jalil yang telah menyerahkan borang pencalonan baru-baru ini. Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berkata tawaran untuk mempertahankan jawatan itu adalah bagi meneruskan apa yang telah Wanita UMNO  laksanakan sehelum ini. “Saya harap bantuan dan sokongan pengundi yang akan membuat pemilihan pada 11 Mac ini, dan…

Read More

Johari, Reezal tanding Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR 24 Feb. –  Saingan bagi jawatan Naib Presiden UMNO semakin menjadi tumpuan apabila dua lagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, mengesahkan bertanding merebut jawatan itu pada pemilihan parti bulan depan.. Terbaharu, Johari Abdul Ghani, hari ini mengesahkan bertanding merebut jawatan No. 3 itu apabila Ahli Parlimen Titiwangsa itu menghantar borang pencalonannya di Auditorium UMNO di Menara Dato’ Onn pagi ini. Johari adalah pemimpin parti keempat yang menyerahkan borang pencalonan bagi merebut tiga jawatan tertinggi UMNO itu, dengan tempoh pencalonan juga masih dibuka sehingga Ahad ini. Sebelum ini,…

Read More

224 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 24 Feb. – Sebanyak 224 kes termasuk satu kes import jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 229 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,041,811. Menurut data portal KKMNow, daripada jumlah keseluruhan kes itu, sebanyak 5,003,142 adalah kes tempatan dan 38,669 kes import. Tiada kematian baharu dilaporkan semalam dan jumlah kematian kekal 36,957 orang termasuk 7,873 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,270 berbanding 9,324  kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,952 kes atau 96.6 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin…

Read More

141 negara sokong Russia tinggalkan Ukraine

NEW YORK: Sebanyak 141 negara anggota Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menyokong resolusi tidak terikat pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) yang menggesa Russia menamatkan pencerobohan di Ukraine. Tujuh negara – Belarus, Nicaragua, Russia, Syria, Korea Utara, Eritrea dan Mali menentang dan 32 negara berkecuali dalam resolusi yang digubal oleh Ukraine dalam rundingan dengan sekutunya. Resolusi itu memberi mesej jelas pada ulang tahun pertama pencerobohan Moscow itu supaya Russia menamatkan permusuhan di Ukraine dan menarik balik tenteranya. Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba, berkata undian itu jelas menunjukkan bukan Barat saja menyokong negaranya.…

Read More