Dr Zambry mohon sokongan demi tugas parti

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,  Dr Zambry Abdul Kadir menyertai saingan bagi perebutan jawatan Naib Presiden UMNO pada Mac ini untuk terus melaksanakan tugas demi parti tercinta.

“Saya dengan ini memohon sokongan, dokongan daripada sahabat-sahabat sekalian untuk saya melaksanakan tugas ini,” katanya dalam satu hantaran video melalui Facebooknya.

Dr Zambry yang juga Menteri Luar menyerahkan borang pencalonan di Menara Dato’ Onn pada Jumaat, sekaligus menepati ramalan bahawa beliau akan menyertai saingan bagi jawatan No. 3 parti itu.

Setakat ini, tujuh orang termasuk dua penyandang menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden ini.

Sebelum ini penyandang jawatan itu, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Mohamed Khaled Nordin dan  Mahdzir Khalid sudah menyerahkan borang pencalonan bagi mempertahankan jawatan masing-masing.

Selain itu,  ahli MKT lain ialah  Reezal Merican Naina Merican, Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Abdul Ghani, bekas Menteri Besar Johor yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam,  Hasni Mohamad dan Menteri Besar Pahang,  Wan Rosdy Wan Ismail.

Related posts

Leave a Comment