PUTRAJAYA 18 Feb. – Dr Mahathir Mohamad tidak faham kenapa beliau dipersalahkan selepas meletak jawatan Perdana Menteri Ketujuh sehingga menyebabkan berlaku kemelut politik dalam negara. Bekas Pengerusi BERSATU itu berkata, pihak yang patut disalahkan adalah orang yang tidak menyokong pendiriannha ketika itu. Katanya, ketika krisis politik pada 2020, beliau meminta parti berkenaan menangguhkan keputusan untuk keluar Pakatan Harapan (PH), tetapi tidak diendahkan yang menyebabkan kerajaan PH ketika itu tumbang. “Saya letak jawatan kerana parti (BERSATU) tolak saya dan biasanya dalam demokrasi, apabila kita ditolak parti sendiri, maka kita akan letak…
Read MoreDay: February 18, 2023
Dr Mahathir bakal sertai PUTRA?
PUTRAJAYA 18 Feb. – Bekas Pengerusi PEJUANG, Dr. Mahathir Mohamad membayangkan akan menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) dan tidak menolak sekiranya parti itu mahu melantik beliau sebagai penasihat. Menurut bekas Perdana Menteri itu, jemputan menyertai PUTRA sesuai dengan perjuangan dan prinsip politiknya iaitu membela nasib orang Melayu dan menolak amalan rasuah. “Terima kasih atas jemputan ini dan saya akan meneliti terlebih dahulu sama ada PUTRA ini sesuai atau tidak dengan saya. “Setakat ini, saya tidak nampak sebab tidak boleh terima parti ini, saya akan fikir secara mendalam sebelum keputusan…
Read MoreAnak MPT Bersatu tanding Naib Ketua Pemuda
KUALA LUMPUR 18 Feb. – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Ikmal Hazlan Ikhmal Hisham menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua pergerakan itu dalam pemilihan yang akan berlangsung bulan depan. Anak ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz itu menghantar borang percalonan semalam. “Dengan izin Allah SWT, saya memohon sokongan dan doa dari seluruh para perwakilan dan sahabat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk memberi keyakinan dan dokongan kepada saya dalam membantu Pemuda UMNO untuk terus kekal relevan dan mendapat sokongan dari orang muda semula,” katanya. Melalui…
Read MoreBerita pilihan…
241 kes baharu Covid-19, tiada kematian
PUTRAJAYA 18 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 semalam merekodkan 241 termasuk satu kes import berbanding 281 kes yang dilaporkan kelmarin. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,040,609 kes iaitu 5,001,957 kes tempatan dan 38,652 kes import. Menurut data portal KKMNow, seperti kelmarin, tiada kematian baharu dilaporkan semalam dan jumlah kematian kekal 36,954 orang termasuk 7,872 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,405 bertambah enam kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,080 kes atau 96.5 peratus pesakit sedang menjalani…
Read MoreLawatan buka peluang kerjasama erat
KUALA LUMPUR 18 Feb. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berharap lawatan bersejarah Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier akan membuka peluang baharu untuk kerjasama lebih erat antara kedua-dua negara. “Lawatan anda (Steinmeier) ke Malaysia menandakan hubungan yang lebih mendalam antara negara kita. Beta yakin persahabatan yang amat kami hargai ini, akan terus erat dan berkembang maju,” titah Seri Paduka. Justeru baginda menzahirkan keyakinan bahawa hubungan Malaysia dan Jerman akan berkembang dengan progresif pada tahun-tahun yang akan datang. Baginda bertitah demikian pada santapan negara di Istana Negara malam…
Read More