JOHOR BAHRU 4 Feb. – Bekas Pengerusi UMNO Johor, Hasni Mohamad, mengesahkan akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO pada pemikihan yang akan berlangsung bulan depan. Ahli Parlimen Simpang Renggam itu mengumumkan hasratnya itu selepas mesyuarat khas Badan Perhubungan UMNO Johor, di Johor Bahru, hari ini. Berikutan pengumuman ini, setakat ini dua wakil UMNO Johor menawarkan diri untuk jawatan berkenaan selepas Pengerusi Negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden. Hasni yang digugurkan dari jawatan Pengerusi UMNO Johor baru-baru ini menawarkan diri bertanding jawatan berkenaan kerana…
Read MoreDay: February 4, 2023
Panjangkan tempoh bayar balik pinjaman
KUALA LUMPUR 4 Feb. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengesyorkan tempoh bayaran balik pinjaman termasuk pembiayaan peribadi dipanjangkan daripada 10 kepada 20 tahun. Presiden CUEPACS, Adnan Mat berkata, langkah itu sekali gus dapat membantu rakyat mengelak masalah muflis akibat beban hutang terbabit. Dalam kenyataan media, Adnan berkata, Kementerian Kewangan dan Bank Negara (BNM) perlu memanjangkan tempoh itu dengan mengambil kira impak lonjakan kos sara hidup serta kesan pasca Covid-19 ketika ini. Beliau berkata, pelaksanaan cadangan itu akan menjadikan kadar bayaran balik pinjaman lebih rendah, justeru turut…
Read MoreTok Uban mahu jadi ‘Shahrir’ semula
JOHOR BAHRU 4 Feb. – Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Shahrir Abdul Samad, tidak akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO bahagian yang disandangnya selama lebih empat dekad, pada pemilihan parti 2023. Shahrir, 73 berkata, keputusan itu bagi membolehkannya memberi fokus kepada keluarga dan tidak dipengaruhi oleh kes mahkamah yang dihadapi sebelum ini apatah lagi mahkamah sudah melepas dan membebaskannya atas pertuduhan itu. “Ini membolehkan saya jadi ‘Shahrir’ semula, orang biasa. Sama ada saya masih aktif bersuara di media sosial (Facebook Tok Uban), itu belum tahu lagi,” katanya. Shahrir sebelum ini didakwa…
Read MorePDRM tunggu dasar KDN jual mercun, bunga api
KUALA LUMPUR 4 Feb. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu dasar dan garis panduan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung kebenaran aktiviti pembakaran serta penjualan bungai api dan mercun. Ketua Polis Negara (KPN) Acryl Sani Abdullah Sani berkata PDRM akan mengikuti garis panduan dan dasar yang ditetapkan KDN berikutan pelaksanaan perkara tersebut demi menjamin keselamatan orang ramai. “Saya baru tahu tentang perkara ini dan saya menunggu apakah dasar daripada KDN berikutan pelaksanaan perkara tersebut,” katanya ketika hadir program Hiking PDRM Bersama Komuniti Peringkat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Taman…
Read MorePeranan Malaysia wujudkan kerjasama ASEAN – GCC
JAKARTA 4 Feb. – Malaysia dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan kerjasama antara ASEAN dengan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Kanada, kata Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Beliau berkata, peranan Malaysia dalam hal ini dibincangkan semasa mesyuarat antara beliau dengan Setiausaha Agung baharu ASEAN Dr Kao Kim Hourn di pejabat Sekretariat ASEAN di sini semalam. Bercakap kepada media Malaysia, Dr Zambry berkata, bagi tujuan itu, penganjuran Summit membabitkan ketua-ketua negara akan diadakan tahun ini. Malaysia juga akan bertanggungjawab untuk memberikan tumpuan untuk meningkatkan hubungan antara ASEAN dan Kanada, dan perkara ini…
Read MoreBerita pilihan…
Bas perantara ke Parlimen
PUTRAJAYA 4 Feb. – Bagi mengurangkan kesesakan di luar kawasan Parlimen, perkhidmatan bas perantara percuma untuk Ahli Parlimen dan petugas Parlimen dari KL Sentral ke bangunan Parlimen akan dimulakan pada persidangan akan datang. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata langkah itu juga bagi memberi contoh kepada masyarakat untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam. Katanya, cadangan memperkenal perkhidmatan itu pada persidangan dijadualkan 13 Februari ini dinyatakan kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul dan beliau bersetuju. Fook berkata, perbincangan lanjut dengan pentadbiran Parlimen akan dilakukan untuk memastikan isu keselamatan tidak dikompromi…
Read More340 kes baharu Covid-19
PUTRAJAYA 4 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini semalam naik sedikit dengan mencatatkan 339 kes tempatan dan satu kes import berbanding 324 yang dilaporkan kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 5,037,582. Menurut data portal KKMNow, setakat semalam jumlah keseluruhan kes tempatan adalah 4,998,959 manakala kes import pula 38,623. Semalam juga, tiada kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah yang meninggal akibat Covid-19 kekal 36,942 orang termasuk 7,870 kes meninggal dunia di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam meningkat kepada 10,210 berbanding 10,073 kelmarin…
Read More