SEPANG: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi selesai mengerjakan ibadah umrah di Makkah semalam. Menerusi hantaran Facebook Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri kelima itu yang ditemani isteri Tun Jeanne Abdullah selesai mengerjakan ibadah umrah semalam, 1 Februari. Abdullah dan isteri serta Datuk Thajudeen Abdul Wahab tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah, pada 29 Januari dan dijadualkan berada di Arab Saudi sehingga 7 Februari ini. Beberapa keping gambar yang dikongsi melalui Facebook itu menunjukkan Abdullah bergunting rambut ketika tahalul iaitu setelah selesai saie antara Safa dan…
Read MoreDay: February 2, 2023
Fatwa orang Islam sertai ritual agama lain
JOHOR BAHRU 2 Feb. – Kerajaan negeri akan mewartakan Fatwa Orang Islam Hadir Ke Upacara Ritual Perayaan Penganut Agama Bukan Islam, sebagai garis panduan sebelum menyertai sesuatu majlis perayaan agama bukan Islam. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata fatwa itu telah diperkenan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dan akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) minggu hadapan. Katanya, garis panduan itu difatwakan selepas melihat kebiasaan umat Islam apabila tibanya sesuatu perayaan bukan Islam dan bertujuan memberi pendidikan serta kesedaran supaya larangan tidak…
Read MoreDUN Negeri Sembilan bubar Jun
SEREMBAN 2 Feb. – Negeri Sembilan bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 1 Jun depan, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Menteri Besar, Aminuddin Harun. Aminuddin berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan datang dan terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh PRN di Negeri Sembilan serta lima lagi negeri lain. “Pembubaran DUN pada tarikh berkenaan paling sesuai kerana akhir Mei adalah tempoh akhir (DUN Negeri Sembilan)…jadi selepas Mei atau Jun, ok tiada masalah. Mungkin kita (Negeri Sembilan) lebih…
Read MoreSPRM bebas siasat parti politik
PUTRAJAYA 2 Feb. – Kerajaan Perpaduan menegaskan untuk kekal bebas dalam mana-mana siasatan yang dijalankan oleh agensi penguat kuasa dan badan kehakiman negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata kerajaan hari ini tidak akan mengulangi sikap kerajaan terdahulu yang didakwanya menekan badan-badan yang bertanggungjawab menjalankan siasatan sedemikian. Justeru kata Perdana Menteri, adalah tidak bertanggungjawab bagi tokoh-tokoh politik pembangkang membuat tohmahan Kerajaan Perpaduan campur tangan dalam urusan berkenaan. Anwar menegaskan demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, di sini, hari ini Mengulas mengenai siasatan ke atas Bersatu,…
Read MoreMaro : panah hati..nyalo hati…
PN umum ‘Kabinet’ bayangan
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Perikatan Nasional (PN) hari ini mengumumkan barisan ‘Kabinet bayangan’ mereka yang akan menyelaraskan pengurusan parti itu sebagai pembangkang yang berkesan di Parlimen. Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan demikian selepas berakhir Pemukiman Ahli Parlimen PN, hari ini berkata, mereka yang terpilih mempunyai kemahiran atau pengalaman dalam bidang berkenaan. PN katanya bersetuju dengan cadangan Sekretariat Ahli Parlimen PN diwujudkan Jawatankuasa Portfolio Ahli Parlimen. “Jawatankuasa Portfolio pembangkang ini diberikan kepada Ahli Parlimen kita yang ada kemahiran dan pengalaman dalam kerajaan serta latar belakang yang lalu dalam…
Read MoreBerita pilihan…
Bersatu harap SPRM telus, mohon batal beku akaun
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Pengerusi Bersatu, Muhyiddin Yassin berharap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas parti itu dilakukan secara profesional, telus dan tidak bermotifkan politik. Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perukatan Nasional (PN) berkata, sekiranya bermotifkan politik, ia satu tindakan seolah-olah mensabotaj PN menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dalam masa terdekat. “Ada orang kata motif politik, jika langkah ini diambil tentu menghalang apa sahaja aktiviti kita dalam pilihan raya membantu rakan-rakan PN dan sebagainya. “Saya percaya SPRM akan jalankan siasatan telus, saya beri jaminan…
Read More325 kes harian Covid-19, tiada kematian
PUTRAJAYA 2 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini semalam meningkat lagi dengan 325 kes termasuk dua kes import berbanding 251 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 5,036,918. Menurut data portal KKMNow, setakat semalam jumlah keseluruhan kes tempatan adalah 4,998,300 manakala kes import pula 38,618. Tiada kematian baharu dilaporkan semalam menjadikan jumlah yang meninggal akibat Covid-19 kekal 36,942 orang termasuk 7,870 kes meninggal dunia di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Rabu meningkat kepada 9,897, pertambahan 212 kes berbanding kelmarin dan daripada…
Read More