325 kes harian Covid-19, tiada kematian

PUTRAJAYA 2 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini semalam meningkat lagi dengan 325 kes termasuk dua kes import berbanding 251 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 5,036,918.

Menurut data portal KKMNow, setakat semalam jumlah keseluruhan kes tempatan adalah 4,998,300 manakala kes import pula 38,618.

Tiada kematian baharu dilaporkan semalam menjadikan jumlah yang meninggal akibat Covid-19 kekal 36,942 orang termasuk 7,870 kes meninggal dunia di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID)

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Rabu meningkat kepada 9,897, pertambahan 212 kes berbanding kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,507 kes atau 96.1 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 376 pesakit mendapat rawatan di hospital di mana 14 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan sembilan pesakit pula memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam tempoh yang sama, 113 pesakit baharu dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 4,990,079 orang.

Sementara itu, Selangor merekodkan kes harian tertinggi iaitu 87 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 82 dan Melaka 52 kes.

Related posts

Leave a Comment