92 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 15 Mac – Kementerian Kesihatan melaporkan 92 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 33,899 orang, daripada 3.82 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 33 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat 308,942 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 298,123 individu atau 96.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 2,031 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,400 kes dirawat di hospital dan 388 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 173 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 215 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment

error: Content is protected !!