Ada peningkatan kes harian Covid-19

PUTRAJAYA 28 Jan. – Kes jangkitan harian Covid-19 kekal di bawah 500 kes semalam tetapi merekodkan sedikit peningkatan iaitu 236 kes termasuk tiga kes import berbanding 172 kelmarin.

Menurut portal KKMNOW, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,035,613 iaitu 4,997,006 kes tempatan dan 38,607 kes import.

Pada masa yang sama, sebanyak dua kematin dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan 36,938 meninggal dunia termasuk 7,869 BID kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Jumaat juga turun sebanyak 78 kes iaitu 9,549 berbanding 9,627 kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,133 kes atau 95.6 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 402 pesakit mendapat rawatan di hospital di mana 14 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 11 pesakit pula memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 312 kes sembuh menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 4,989,126 orang.

Related posts

Leave a Comment