Berilah UMNO kepada ‘mereka’ – Annuar

SEPANG 28 Jan. –  Bekas pemimpin UMNO yang dipecat, Annuar Musa menyifatkan ‘pembersihan’ yang dilakukan UMNO akan hanya menghasilkan lebih banyak ‘kotoran’ kerana punca sebenar kotoran masih kekal berpaut dalam parti.

Tanpa menyatakan punca sebenar, Annuar berkata, rakyat telah memberi isyarat tetapi malangnya mereka masih ‘in denial’,  lebih gemar menyalahkan rakyat dan pengundi dan semua orang lain,kecuali diri mereka sendiri.

“Mereka bangga memonopoli kuasa dalam parti, menunggang parti berasaskan neratif palsu yang mereka reka sendiri. Biarpun parti semakin hancur akibat kerja dan tunggangan mereka,” katanya melalui Facebooknya.

Beliau berharap mereka yang dipecat dan digantung supaya bertenang dan sabar kerana berkata benar itu mahal harganya.

“Memecat orang yang tidak bersependapat,adalah cara paling mudah untuk seseorang kekal berkuasa.Dan ingatlah,jika pun mereka kini berkuasa,masih ada yang lebih tinggi kuasanya.

Parti itu ciptaan kita manusia, ia hanya alat untuk berjuang dan ia bukan satu matlamat. Jika baik pimpinannya,maka betul dan baiklah perjuangannya.

Jika salah pimpinan,asas dan matlamat sudah dibuang jauh,tersasarlah perjuangan.Bila itu berlaku,maka tidak perlulah terlalu berdukacita jika tiada lagi di dalamnya.Malah pasti ada hikmahnya,” katanya.

UMNO malam tadi memecat Ahli Majlis Tertinggi,  Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin serta menggantung Ahli Parlimen Sembrong,  Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Sharil Hamdan.

Annuar yang dipecat lebih awal, selepas pilihan raya umum lalu mengucapkan syabas kepada mereka yang berjuang serta cuba untuk berkata benar dan memperbaiki parti dari terus rosak.

“Banyak lagi ikhtiar yang ada di hadapan kita..yang penting kita kekal berperinsip, berani berkata benar,dan sentiasa berjuang demi asas dan matlamat perjuangan yang betul,” katanya.

Beliau berkata, berilah UMNO kepada mereka untuk dijadikan perisai peribadi dan perniagakan sebagai syarikat sebdirian berhad mereka.

“They created lies and finally they believe in their own lies….Dan sesiapa yang cuba berkata yang  benar,itu semua akan digelar pengkhianat.Mereka mahu semua orang berwirid dengan neratif palsu mereka,” katanya.

Related posts

Leave a Comment