Noh digantung 6 tahun mohon dipecat

KUALA LUMPUR 27 Jan. –  Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar dipecat atas permintaannya sendiri selepas Presiden parti Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penggantungan keahliannya selama enam tahun. “Lebih baik pecat saya daripada digantung,” kata bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor itu, sebagai reaksi kepada pengumuman Ahmad Zahid. Noh yang juga bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor menyifatkan malam ini malam bersejarah bagi dirinya apabila pengumuman dibuat pada mesyuarat MT yang dipengerusikan Ahmad Zahid. “Saya sangat kecewa dan terkejut apabila Presiden UMNO umumkan bahawa saya digantung enam tahun,…

Read More

Biden ucap tahniah kepada Anwar

PUTRAJAYA 27 Jan. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, hari ini menerima ucapan tahniah daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, susulan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), November lalu. Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar menerusi media sosialnya dan turut memuat naik sepucuk surat bertarikh 24 Januari yang dikeluarkan Rumah Putih. Anwar berkata, Biden turut memuji demokrasi Malaysia pada pilihan raya itu dan menyatakan ia memberi inspirasi kepada banyak pihak lain. Dalam surat yang ditandatangani Biden, Presiden AS itu berkata, ketika demokrasi di dunia berdepan cabaran, pilihan raya di negara…

Read More

Abdul Rahman Ayob Panglima TLDM ke-18

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob, dilantik sebagai Panglima TLDM ke-18, berkuat kuasa hari ini. Beliau menggantikan Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang akan bersara wajib. Pelantikan Abdul Rahman disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang, dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz pada majlis serah terima tugas di Wisma Pertahanan di sini. Menurut kenyataan TLDM hari ini, pelantikan Abdul Rahman sebagai Panglima Tentera Laut menjadikan beliau sebagai pegawai submariner pertama…

Read More

PUTRAJAYA 27 Jan. – Sepuluh orang setiausaha politik kepada menteri Kabinet, mengangkat sumpah simpan rahsia di sini hari ini. Majlis itu disaksikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berharap mereka dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan ikhlas dan penuh berintegriti. Muhammad Kamil Abdul Munim yang dilantik sebagai setiausaha politik kepada Menteri Kewangan mendahului upacara angkat sumpah itu. Turut mengangkat sumpah adalah Hamzah Brahim (Menteri Perladangan dan Komoditi), Yuhaizad Abdullah (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan), Ton Zalani Mat Darus…

Read More

172 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 27 Jan. – Kes jangkitan harian Covid-19 terus kekal di bawah 500 kes semalam dengan merekodkan 172 termasuk satu kes import, meningkat sedikit berbanding 132 yang dicatatkan kelmarin. Menurut portal KKMNOW, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,035,377 iaitu 4,996,773 kes tempatan dan 38,604 kes import. Pada masa yang sama, sebanyak tiga kematin dilaporkan, kesemua kes berkenaan berlaku di luar fasiliti hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan 36,936 meninggal dunia termasuk 7,869 BID. Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Khamis juga turun ke 9,627 kes berbanding 9,783 kelmarin…

Read More