Pesuruhjaya Kanak-kanak Suhakam

PUTRAJAYA 18 Jan. – Seorang Pesuruhjaya Kanak-Kanak dilantik menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkuat kuasa serta-merta bagi menangani masalah penderaan dan sosial membabitkan kanak-kanak. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata pelantikan pesuruhjaya itu adalah sebagai cabang khas yang mempunyai autonomi di bawah Suhakam. “Kita sudah putuskan, maknanya kena wujud segera. Nama (pesuruhjaya) diumumkan tetapi saya minta supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berikan secara cerakin,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra di…

Read More

Ke mana UMNO – Dr Mahathir

(Dipetik dari FB Dr Mahathir Mohamad) 1. UMNO adalah parti Melayu yang mengalahkan Malayan Union dan memerdekakan Malaya. 2. UMNO jugalah parti Melayu yang membangunkan negara sehingga digelar Harimau Asia. 3. UMNO menang pilihan raya dan dapat mendirikan Kerajaan dengan lebih dari dua pertiga kerusi di dewan rakyat. 4. UMNO biasa menang sehingga 109 kerusi dalam dewan. 5. Tetapi hari ini, dalam PRU 15 UMNO menang hanya 26 kerusi. Jumlah kerusi menurun dari 109 kepada 79, naik sedikit kepada 88, tetapi pada PRU 14 turun kepada 54. 6. Pada PRU…

Read More

Teguran tidak perlu melalui pihak ketiga

PUTRAJAYA 18 Jan. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata sebarang teguran atau pandangan kakitangan bawahan terhadap menteri dan pegawai atasan dalam pentadbiran seharusnya tidak melalui pihak ketiga seperti media massa. Sebaliknya kakitangan bawahan boleh menggunakan mekanisme sedia ada seperti pertemuan setiap hari atau melalui mesyuarat selepas mesyuarat Jemaah Menteri. “Kalau dia rasa agak menyinggung, mungkin dia jumpa secara berasingan. Tetapi dia harus ditegur. “Saya dengan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali) … saya selalu sebut dengan KSN, kalau arahan saya itu ikut peraturan dan sesuai. Kalau tidak, tolong…

Read More

Ambil pengajaran teguran Ketua Audit Negara

PUTRAJAYA 18 Jan. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan semua jemaah menteri meneliti setiap teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2021, terutama berkaitan perbelanjaan, ketirisan yang tidak menepati syarat serta peraturan. Beliau  berkata perlu ada pengajaran daripada setiap teguran dalam laporan itu, manakala menteri perlu mengenal pasti masalah dan mencari penyelesaian supaya perkara sama tidak berulang. Beliau berkata, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengambil masa yang lama meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2021 dan menteri sudah diminta memastikan supaya setiap teguran itu tidak terus berulang. “Harus ada pengajaran dan saya…

Read More

Tol percuma pada 20, 21 Januari

PUTRAJAYA 18 Jan. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan tol percuma kepada semua kelas kenderaan sempena Tahun Baharu Cina. Beliau berkata tol percuma itu boleh dinikmati pengguna lebuh raya di seluruh negara pada 20 dan 21 Januari ini. Langkah itu hasil perbincangan pihak kerajaan dengan syarikat konsesi yang terlibat. “(Ada) berita baik (untuk Tahun Baharu Cina). Untuk itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi) dan Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Anthony Loke) sudah mengambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi dan setuju supaya ditiadakan tol bagi 20 dan…

Read More

Perhimpunan Agung kuasa tertinggi Pejuang

SEPANG 18 Jan. – Keputusan Pejuang meninggalkan Gerakan Tanah Air (GTA) diputuskan secara kolektif oleh perwakilan yang hadir dan bukannya keputusan Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir. Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid berkata, keputusan baru-baru ini dibuat oleh suara ahli akar umbi dari peringkat cawangan seterusnya di peringkat Negeri sebelum diangkat dan dibahas secara terbuka di Perhimpunan Agung. Katanya, Perhimpunan Agung ke-2 memberi mandat penjalanan Pejuang dengan ketetapan yang diputuskan akar umbi sekaligus menunjukkan Pejuang menghormati proses demokrasi kepartian menurut Perkara 12.1 dalam Perlembagaan Pejuang. “Demokrasi masih subur dalam Pejuang. Inilah perbezaan…

Read More

500,000 pekerja asing masuk berperingkat

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Sebanyak 500,000 pekerja asing dibawa masuk ke negara ini secara berperingkat menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing yang dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia (KSM). Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berkata kemasukan pekerja asing itu bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja khusus bagi lima sektor kritikal iaitu perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (restoran). Katanya, mengikut data yang diberikan, beliau mendapati pekerja asing diperlukan oleh sektor kritikal buat masa ini adalah dalam lingkungan 500,000 orang. “Bagaimanapun, kita (KSM) akan lihat sekiranya ada keperluan untuk menambah pekerja asing, kita…

Read More

Kes harian 350, lima kematian

PUTRAJAYA 18 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini semalam menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 350 kes termasuk empat kes import berbanding 227 pada hari sebelumnya. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 5,033,254 iaitu 4,994,663 kes tempatan dan 38,591 kes import. Menurut portal KKMNOW lima kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan termasuk dua kes yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah keseluruhan 36,919 kematian termasuk 7,865 BID. Sementara itu, kes aktif turun sebanyak empat kes berbanding hari sebelumnya dengan jumlah kes 10,327…

Read More