Kes harian 350, lima kematian

PUTRAJAYA 18 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini semalam menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 350 kes termasuk empat kes import berbanding 227 pada hari sebelumnya.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 5,033,254 iaitu 4,994,663 kes tempatan dan 38,591 kes import.

Menurut portal KKMNOW lima kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan termasuk dua kes yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID)

menjadikan jumlah keseluruhan 36,919 kematian termasuk 7,865 BID.

Sementara itu, kes aktif turun sebanyak empat kes berbanding hari sebelumnya dengan jumlah kes 10,327 dan daripada jumlah ini, 9,901 atau 95.9 peratus menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit di pusat kuarantin PKRC.

Sebanyak 410 pesakit atau 4 peratus mendapatkan rawatan di hospital di mana 16 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan lapan pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pada masa yang sama, sebanyak 349 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,986,008 orang pesakit pulih.

Sementara itu, Selangor merekodkan 128 kes harian semalam diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 81, Johor 20, Perak 19, Melaka 19, Sarawak 18, Kedah 14,

Terengganu 10, Sabah 8, Negeri Sembilan 8, Pulau Pinang 7, Pahang 5, Kelantan 5, Wilayah Persekutuan Putrajaya 4, Wilayah Persekutuan Labuan 2 dan Perlis 2.

Related posts

Leave a Comment