MB rai peserta Program Umrah Asnaf Jelajah Kasih 5.0

SEREMBAN 31 Dis. – Menteri Besar Aminuddin Harun mengucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah kepada 86 peserta yang terpilih menyertai Program Umrah Asnaf Jelajah Kasih 5.0 di sini tengah hari ini.

Beliau menyantuni para peserta program itu di hotel penginapan jemaah, Klana Resort dekat sini sebelum mereka dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk berlepas ke Jeddah malam ini.

Aminuddin mengambil peluang beramah mesra dengan jemaah selepas tidak dapat hadir melancarkan program itu malam tadi dan diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim.

Program tersebut ditaja Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Dalam catatan Facebooknya, Aminuddin bersyukur dengan program yang melibatkan golongan asnaf di negeri itu yang terpilih untuk menunaikan umrah.

“Suka saya ingatkan bahawa bukan semua hamba-Nya yang mendapat peluang keemasan ini. Jadi dengan itu, saya berharap para peserta yang terpilih ini dapat menjalankan Ibadah dengan penuh khusyuk.

“Disamping itu, diseling titipan doa buat mereka yang tidak dapat bersama, doa buat ahli keluarga, para sahabat dan khususnya buat saudara Islam kita di bumi Palestine,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment