Tekad SPRM capai sifar rasuah

PUTRAJAYA 31 Dis. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi fokus dan bertekad membantu negara mencapai sifar rasuah serta mengurangkan ketirisan dana awam pada tahun baharu 2024.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata tekad itu bagi memastikan SPRM terus kekal relevan dan efektif dalam gerak kerja yang dilakukan.

“Buat warga SPRM ingatlah saban tahun kita bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran krisis dan tuntutan kerja baharu, semua ini menuntut perubahan dalam cara bekerja berfikir dan bertindak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam video perutusan Tahun Baharu 2024 yang disiarkan menerusi Facebook SPRM hari ini.

Azam turut menggesa seluruh warga SPRM untuk berusaha meningkatkan integriti, kemahiran serta pengetahuan bagi mencapai visi dan misi SPRM serta akan terus cemerlang.

Tegasnya, setiap warga SPRM perlu berani berubah, menerokai bidang baharu dan menghindari kesilapan semasa menjalankan tugas.

Related posts

Leave a Comment