Sos ABC, biskut ditarik balik

SINGAPURA 7 Sept. – Dua jenis sos dari Indonesia dan sejenis biskut dari Jepun ditarik balik dari pasaran selepas produk makanan berkenaan dikesan mengandungi alergen yang tidak diisytiharkan. Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam satu kenyataan hari ini, sulfur dioksida – sejenis pengawet – dikesan dalam ABC Sweet Soy Sauce dan ABC Sambal Ayam Goreng Sauce dari Indonesia. Selain itu, ABC Sambal Ayam Goreng Sauce juga mengandungi asid benzoik yang tidak diisytiharkan pada label bungkusan makanan itu. Di bawah Peraturan Makanan Singapura, produk makanan yang mengandungi bahan-bahan yang diketahui boleh…

Read More

WTCKL galakkan pelitup muka

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) masih menggalakkan pengunjungnya untuk memakai pelitup muka sekiranya mengunjungi premis berkenaan, kata Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL,  Dr Irmohizam Ibrahim. Beliau berkata pihaknya juga akan meningkatkan pelaksanaan langkah keselamatan seperti kekerapan sanitasi dan pembersihan fasiliti di WTCKL. Katanya, penggunaan pelitup muka tetap digalakkan bagi rakan perniagaan dan pengunjung bagi memastikan keselamatan semua pihak sepanjang berada di dalam premis , dan memastikan pengalaman yang baik di WTCKL “Selain itu, prosedur operasi standard (SOP) keselamatan operasi kami akan dikekalkan, di mana kakitangan…

Read More

AS mungkin beri vaksin tahunan

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan akan menyarankan supaya vaksin Covid-19 diambil secara tahunan ketika dos penggalak baharu diperkenalkan bagi melawan penularan varian ketika ini. Setiausaha Kesihatan AS, Xavier Becerra  memaklumkan menjelang hujung minggu ini, lapangan untuk pemberian vaksin terkini itu akan disediakan dalam lingkungan lapan kilometer dari penempatan 90 peratus rakyat AS. Orang ramai boleh mendapatkan dos penggalak baharu itu pada musim luruh atau sejuk nanti, bersama suntikan tahunan vaksin selesema seperti lazim. Presiden AS, Joe Biden, dalam satu kenyataan berasingan pula berkata untuk kebanyakan rakyat negara ini, ‘ia bermaksud…

Read More

Pelitup muka dijadikan pilihan

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Berkuat kuasa serta merta, pemakaian pelitup muka dalam bangunan, kawasan dan ruang tertutup tidak lagi diwajibkan sebaliknya dijadikan sebagai pilihan. Bagaimanapun Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata terpulang kepada pemilik premis sama ada mahu menentukan pengunjung perlu memakainya atau sebaliknya di samping dalam situasi tertentu pemakaiannya diwajibkan. “Maksudnya sekarang kita serahkan kepada pemilik premis. Kalau pemilik premis mahu pengunjung pakai pelitup muka, maka kena pakai pelitup muka. Sebagai contoh, kalau kedai gunting rambut wajibkan pakai pelitup muka, kita kena pakai dan mereka ada hak untuk tidak…

Read More

Vaksinasi influenza tahunan warga emas

PETALING JAYA 7 Sept. – Vaksinasi influenza tahunan bagi warga emas terbukti dapat mengurangkan risiko penghospitalan dan kematian lebih 40 peratus, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal  Immunise4Life (IFL), Prof Dr Zulkifli Ismail Selain itu, katanya, suntikan tahunan juga memberi manfaat kepada mereka yang menghidap diabetes dengan mengurangkan risiko strok (sebanyak 30 peratus), kegagalan jantung (22 peratus) dan serangan jantung (19 peratus). “Manakala, bagi pesakit jantung, vaksinasi influenza mengurangkan kemungkinan peristiwa kardiovaskular utama (sebanyak 36 peratus). Kemungkinan mengalami kematian berkurang sebanyak 18 peratus dalam kalangan orang yang mengalami kegagalan jantung. “Individu yang…

Read More

Nafi Najib tiada di sel penjara

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Jabatan Penjara Malaysia menafikan kononnya bekas Perdana Menteri, Najib Razak, tidak ditempatkan di dalam sel penjara, sebaliknya ditempatkan dalam sebuah rumah pegawai dalam di Penjara Kajang. Dalam kenyataan di Facebook, jabatan itu menolak dakwaan yang sedang tular di media sosial, dan menyatakan bahawa dakwaan yang tersebar itu sebagai palsu dan tidak sahih. “Maklumat tidak sahih. Hentikan penyebarannya,” kata jabatan itu. Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar dipercayai satu perbualan di WhatsApp mendakwa Najib tidak ditempatkan di dalam sel penjara di Penjara Kajang. Menurut tangkap…

Read More

“Saya berhenti, bukan keluar Pas”

SEPANG 7 Sept. – Ahli Parlimen Kuala Nerus,  Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menjelaskan beliau ‘berhenti’ daripada Pas dan bukannya ‘keluar’ daripada parti yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu. Justeru, bekas Ahli Jawatankuasa Pusat Pas itu meminta ahli-ahli parti untuk merujuk kepada perlembagaan parti mengenai perbezaan ‘berhenti’ dan ‘keluar’. “Saya adalah rakan dan sahabat seperjuangan saudara dalam memperjuangkan Islam. Saya akan terus memperjuangkan cita-cita Islam sebagaimana termaktub dalam perlembagaan Pas di mana pun saya berada,” katanya. Dalam titipan khas melalui Facebooknya, Dr Khairuddin Takiri menegaskan akan terus memperjuangkan…

Read More

Cemuhan terhadap UMNO mengecewakan

KUALA LUMPUR 7 Sept. –  Dr Mahathir Mohamad seharusnya bersaing dalam gelanggang pilihan raya jika bekas Presiden UMNO itu berasakan UMNO perlu dikuburkan, kata Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan. Beliau berkata, cemuhan terbaru bekas Perdana Menteri itu terhadap UMNO semalam tidak mengejutkan biarpun ia mengecewakan. Katanya, pendedahan Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Dr Mahathir pernah memohon UMNO dibubarkan, menyerlahkan tahap kebencian beliau bukan lagi terhadap mana-mana individu dalam UMNO, tetapi terhadap UMNO itu sendiri. Ini bermakna turut melibatkan akar umbi dan berjuta ahli yang tiada dosa terhadap…

Read More

KJ berpindah ke Tampin?

SEREMBAN 7 Sept. – Selepas dicadangkan ke Parlimen Seremban, penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kemungkinan diletakkan bertanding di kerusi Parlimen Tampin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang. BH melaporkan, sumber jawatankuasa UMNO Bahagian Rembau memberitahu, bahawa kerusi Parlimen Tampin dilihat lebih sesuai untuk Khairy yang juga Menteri Kesihatan dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau. Katanya, kedudukan Tampin yang tidak jauh daripada Rembau selain ramai kalangan pengundi di Tampin sudah mengenali Khairy, malah terdapat juga kalangan mereka yang mempunyai hubungan rapat atau kekeluargaan dengan keluarga Khairy. “Perkara ini…

Read More