Syarat penduduk China masuk Sabah

KOTA KINABALU 30 Dis. – Semua pengunjung dari China yang memasuki Sabah wajib menunjukkan keputusan negatif Covid-19 serta melakukan ujian Covid-19 dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas (Predeparture Test, PDT) ke negeri itu. Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata langkah itu berikutan kebimbangan peningkatan kes Covid-19 di China dan pembukaan sempadan negara itu, yang mungkin menularkan wabak ke negara ini. Katanya, kes Covid-19 di Sabah ketika ini dilihat berada pada tahap yang stabil, dengan kes harian hanya satu atau dua angka. Hari ini, sebanyak 15 kes baharu…

Read More

Malaysia “Kawasan Tempatan Jangkitan” hingga 30 Jun

PUTRAJAYA 30 Dis. – Pengisytiharan Malaysia sebagai “Kawasan Tempatan Jangkitan” yang akan tamat esok, 31 Disember 2022, dilanjutkan sehingga 30 Jun 2023, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa. Beliau berkata, langkah itu diambil susulan kebimbangan penularan baharu dalam negara selepas China menamatkan dasar zero-Covidnya, dan rakyat di negara itu bebas mengembara biarpun positif Covid-19. Katanya, lanjutan pengisytiharan itu dilakukan bagi memudah cara Kementerian Kesihatan menjalankan aktiviti pencegahan dan pengawalan penularan jangkitan Covid-19 menggunakan peruntukan di bawah P.U. (A) 83/22. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata pelanjutan ini telah diwartakan…

Read More

Anwar nikmati murtabak Kampung Melayu Majidee

JOHOR BAHRU 30 Dis. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menikmati murtabak di warung Murtabak Kampung Melayu Azo 96, di Kampung Melayu Majidee di sini. Beliau yang tiba kira-kira pukul 12.00 tengah hari, meluangkan masa hampir setengah jam menjamu selera sebelum bergerak ke Masjid Jamek Kampung Melayu Majidi untuk menunaikan solat Jumaat. Setiba di masjid yang hanya terletak kira-kira 40 meter dari warung itu, Anwar turut menandatangani semula plak perasmian masjid berkenaan. Anwar dalam catatan Facebooknya berkata, ia mengimbau kenangan 27 tahun lalu tatkala beliau berkunjung ke…

Read More

Buka peluang niaga tanpa ganggu kawasan awam

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim ketika bertemu pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini menggesa supaya dipertingkatkan kemudahan dan keselesaan untuk penjaja dan peniaga kecil. Beliau memberi tempoh tiga bulan kepada pihak DBKL untuk mengemukakan ‘rencana baharu’ untuk mengindahkan kota sambil tidak dikesampingkan hak dan keselesaan mereka untuk berniaga. Kenyataan itu tiba-tiba mengingatkan saya tentang lokasi berhampiran Stesen LRT Ampang Park yang beberapa bulan lalu dipenuhi kabin jualan yang menyesakkan, menyakitkan mata memandang dan menyukarkan pergerakan pengguna LRT. Tujuan dan niat pihak berkenaan amat baik untuk menyediakan ruang berniaga tetapi…

Read More

Covid-19: Pengembara masuk Malaysia disaring

PUTRAJAYA 30 Dis. – Semua pengembara yang tiba dari luar negara termasuk China perlu melalui saringan demam di pintu masuk antarabangsa (PMA) manakala sampel air kumbahan pesawat dari republik itu juga akan diambil. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, sampel akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian rantai polimerase (PCR) dan seterusnya untuk penjujukan genom sekiranya positif Covid-19. Katanya, pengembara yang dikesan demam, bergejala atau rujukan kendiri akan dirujuk ke pusat kuarantin atau pihak kesihatan untuk pemeriksaan semula. “Sekiranya disyaki Covid-19, ujian Covid-19 akan dijalankan,” katanya dalam…

Read More

Anwar menghadap Sultan Johor

JOHOR BAHRU 30 Dis. – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri  Anwar Ibrahim di Istana Bukit Serene, di sini, hari ini. Kenderaan yang membawa Perdana Menteri ke-10 itu tiba di istana berkenaan kira-kira pukul 10.30 pagi. Terdahulu, Sultan Ibrahim berangkat tiba di istana tersebut pada 9.34 pagi, diikuti Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim 10 minit kemudian. Ini merupakan kali kedua Anwar menghadap Sultan Ibrahim dan kali pertama beliau ke negeri ini tiga hari selepas mengangkat sumpah jawatan pada 24 November lepas. Terdahulu,…

Read More

Tangguh kemasukan pelancong China

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Tangguhkan sementara! Itu gesaan Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) supaya menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari China sehingga kes harian Covid-19 di negara itu reda. Presiden MATA, Dr Mohd Khalid Harun, berkata lonjakan ketara kes Covid-19 di China, baru-baru ini, meningkatkan lagi potensi risiko kemunculan varian baharu, sekali gus menggusarkan rakyat Malaysia khususnya pemain industri pelancongan. “Kita sedia maklum bahawa hospital di seluruh China dibelenggu lonjakan kes Covid-19 susulan keputusan negara itu untuk menarik balik peraturan ketat mereka. Trauma dihadapi pemain industri pelancongan akibat Covid-19 masih…

Read More