Korban ke-25 kanak-kanak ditemukan

HULU SELANGOR 20 Dis. – Mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemukan di lokasi pencarian tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s  Organic Farm Gohtong Jaya, dekat sini pada 11.20 malam ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor mengesahkan penemuan mangsa ke-25 itu. Mayat kanak-kanak berkenaan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat. Operasi SAR hari kelima ditangguhkan pada 12 tengah malam dan akan bersambung semula pada 8 pagi esok. Tragedi tanah runtuh pada 2.42 pagi Jumaat lalu di tapak perkhemahan itu, setakat ini menyaksikan…

Read More

Anwar ‘jalan terus’ dengan angka 148

SEMUANYA sudah selesai. Bermula dengan rakyat memilih pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) 19 November diikuti pembentukan kerajaan Persekutuan melalui  gabungan parti politik sehinggalah undi percaya terhadap Perdana Menteri. Masih ada lagi yang tidak kena? Mencari nombor atau angka sudah ada 148. Mencari Perdana Menteri juga sudah ada Anwar Ibrahim, bukan Ismail Sabri Yaakob atau Muhyiddin Yassin. Keabsahan Perdana Menteri juga sudah terbukti. Sudah sebulan rakyat membuat pilihan. Rakyat tidak ‘serik’ dengan keputusan PRU14 apabila mereka pada kali ini membuat keputusan lebih ‘teruk’ dengan tidak memberi ruang kepada mana-mana parti…

Read More

Dewan Rakyat lulus Bajet Mini 2023

KUALA LUMPUR 20 Dis. –  Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang dibentangkan Anwar Ibrahim. Tiada perbahasan bagi kedua-dua usul yang dibentangkan Perdana Menteri pada mesyuarat pertama Majlis Parlimen Ke-15. Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan bajet mini, bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan, membabitkan wang bernilai RM107,718,676,650. Beliau membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari depan. Akta berkenaan akan membenarkan perbelanjaan dikeluarkanemolumen…

Read More

Pengampunan inisiatif Sultan Muhammad V

KUALA LUMPUR 20 Dis. –  Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, memberikan pengampunan penuh kepadanya pada 2018 kerana menganggap kes berkaitan ada ‘pelanggaran prinsip keadilan’ (travesty of justice). Perdana Menteri berkata beliau tidak memohon pengampunan penuh itu, sebaliknya ia adalah inisiatif Sultan Muhammad V yang mengikuti perkembangan perbicaraan mengenai kes itu. “Yang di-Pertuan Agong (ketika itu) beritahu akan beri pengampunan penuh (kepada saya) kerana baginda mengikuti perkembangan perbicaraan (ada) ‘travesty of justice’ (pelanggaran prinsip keadilan), jadi Yang di-Pertuan Agong akan beri pengampunan penuh…

Read More

Penjawat awam, pesara, rakyat dapat habuan

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Kerajaan bersetuju untuk memberikan Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam dari Gred 11 hingga 56, kata Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim. Beliau turut mengumumkan kerajaan akan memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350. Katanya, Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. “Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,”…

Read More

Elak Dewan Rakyat digelar sarkis – Anwar

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi peringatan kepada semua Ahli Parlimen supaya menjaga tata susila dan kemuliaan Dewan Rakyat bagi mengelak ia digelar rakyat sebagai sarkis. Beliau  berkata, walaupun boleh berbeza pendapat, ia tidak seharusnya keterlaluan kerana keadaan itu akan ditertawakan oleh rakyat yang menonton persidangan itu. “Seperti yang kita lihat gelagat berlaku semalam, kalau bagi pihak kerajaan, saya beri jaminan dan Timbalan Perdana Menteri kedua sebagai Ketua Whip (Fadillah Yusof) sudah diminta untuk memaklumkan kepada ahli Yang Berhormat untuk menjaga susila di dewan ini dan…

Read More

718 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 20 Dis. – Sebanyak 718 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam termasuk tiga kes import menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini meningkat kepada 5,018,584 kes. Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 4,980,090 adalah kes tempatan manakala 38,494 kes import. Menurut data portal KKMNOW,  dua kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 36,808 orang meninggal dunia setakat ini termasuk 7,844 kes kematian yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) Sementara itu, sebanyak 15,541 kes aktif dilaporkan dan daripada jumlah itu, sebanyak 14,812 kes atau 95.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin…

Read More