PN tambah kerusi Parlimen di Kedah

PUTRAJAYA 7 Dis. – Pakatan Harapan (PH) gagal mempertahankan kerusi P 107 Padang Serai selepas calonnya tewas kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini. Kemenangan PN pula menambah penguasaan gabungan Pas, Bersatu, Gerakan itu di Kedah dengan menenangi 14 kerusi manakala PH terpaksa berpuas hati dengan satu kerusi iaitu Sungai Petani manakala BN gagal memenangi sebarang kerusi. Pada pilihan raya hari ini calon PN, Azman Nasrudin menang selesa dengan majoriti 16,260 undi. Azman yang memperoleh 51,637 undi, menewaskan calon PH, Dr. Mohamad Sofee Razak yang…

Read More

BN kekal Tioman, menyamai 17 kerusi PN

PUTRAJAYA 7 Dis. – Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman apabila penyandang, Mohd Johari Hussain menang dengan majoriti tipis pada PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini. Dengan kemenangan ini juga, BN berjaya menambah satu lagi kerusi di DUN Pahang menjadikan 17 kerusi menyamai kerusi yang diperoleh Perikatan Nasional (PN). Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tioman, Ahmad Nasim Mohd Sidek, mengumumkan keputusan itu kira-kira pukul 9.20 malam tadi di mana Johari mendapat 8,080 undi pada pertembungan lima penjuru berkenaan. Calon Perikatan Nasional (PN), Nor Idayu Hashim…

Read More

Timbalan menteri akan dimuktamadkan

PUTRAJAYA 7 Dis. – Calon-calon bagi jawatan Timbalan Menteri akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi perkongsian di laman Facebook beliau hari ini. Anwar turut memaklumkan mesyuarat Kabinet mingguan pagi ini berjalan dengan suasana yang harmoni dan produktif. “Saya menegaskan bahawa isu-isu rakyat terutamanya masalah kos sara hidup harus diberi tumpuan dan diselesaikan sesegera mungkin,” katanya dalam catatan tersebut. Pada 3 Disember lalu, dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri Kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di…

Read More

KKOMM Kementerian Komunikasi dan Digital

PUTRAJAYA 7 Dis. – Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memutuskan bahawa aspek seni dan budaya bukan di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital, kata Menterinya, Fahmi Fadzil. “Saya serahkan kepada menteri berkenaan untuk buat pengumuman,” katanya pada sidang media di kementeriannya, hari ini. Beliau juga memaklumkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOMM) kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital dan disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali. “Saya ingin maklumkan secara rasminya bahawa nama kementerian ini ialah Kementerian Komunikasi dan Digital, The Ministry of Communications and Digital. Ini…

Read More

Lantikan Zahid tidak berpegang ’rule of law’

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim tidak berpegang kepada konsep ‘rule of law’ kerana melantik seseorang yang mempunyai kes mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM). Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mendakwa, pelantikan Presiden UMNO  Ahmad Zahid Hamidi itu akan menyukarkan usaha membersihkan negara dari gejala rasuah dan kleptokrat. “Jika kita nak bersihkan negara, kita tak boleh pilih orang yang dianggap melakukan jenayah. “Ya dia belum terbukti bersalah, tetapi jika seseorang itu dihadapkan walaupun dengan satu kes, itu sudah menunjukkan dia tidak layak jadi pemimpin,” katanya selepas…

Read More

Diisytihar menang jika undi tertinggi

KULIM 7 Dis. – Calon yang menarik diri dan memberi laluan kepada calon lain pada Pilihan Raya Umum ke-15 bagi Parlimen Padang Serai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman akan diisytiharkan menang jika memperoleh undi tertinggi. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, ini kerana kesemua calon sedia ada telah disahkan layak bertanding pada hari penamaan calon 24 November lepas. “Kita akan umum (nama calon yang menang walaupun mereka menarik diri). Calon yang (boleh) tarik diri hanya pada waktu pencalonan (antara pukul 9 hingga 10 pagi)…

Read More

Manusia jadi ‘senjata kepupusan’

MONTREAL: Sikap tamak syarikat multinasional yang lebih mengutamakan keuntungan akan memudaratkan penduduk dunia secara umum, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres. Justeru beliau menyelar sikap tamak yang menjadikan ekosistem dunia sebagai ‘sumber keuntungan’ berbanding pemuliharaan alam semula jadi. “Dengan selera yang tiada had untuk pertumbuhan ekonomi yang tidak terkawal dan seimbang, manusia sendiri menjadi senjata kepupusan besar-besaran,” katanya dalam ucapan pada persidangan biodiversiti COP15 di Montreal. COP15 adalah acara berbeza dengan COP27 yang berlangsung awal bulan ini, iaitu rundingan PBB mengenai iklim. Hampir 200 negara berkumpul bagi…

Read More

Konglomerat besar disaran contohi Syed Mokhtar

SHAH ALAM 7 Dis.- Kesediaan Syed Mokhtar Al-Bukhary mengembalikan manfaat keuntungan melalui syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) sebanyak RM60 juta kepada pesawah wajar dicontohi oleh konglomerat besar lain. Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Razak Ridzuan berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan pemuafakatan antara Kerajaan Perpaduan dan Bernas dalam suasana yang harmoni demi kesejahteraan semua pihak. “Kami juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas teladan yang baik ditunjukkan Tan Sri Syed Mokhtar dan langkah ini  wajar dicontohi oleh konglomerat besar lain,” katanya dalam kenyataan semalam. Beliau mengulas…

Read More