Manusia jadi ‘senjata kepupusan’

MONTREAL: Sikap tamak syarikat multinasional yang lebih mengutamakan keuntungan akan memudaratkan penduduk dunia secara umum, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

Justeru beliau menyelar sikap tamak yang menjadikan ekosistem dunia sebagai ‘sumber keuntungan’ berbanding pemuliharaan alam semula jadi.

“Dengan selera yang tiada had untuk pertumbuhan ekonomi yang tidak terkawal dan seimbang, manusia sendiri menjadi senjata kepupusan besar-besaran,” katanya dalam ucapan pada persidangan biodiversiti COP15 di Montreal.

COP15 adalah acara berbeza dengan COP27 yang berlangsung awal bulan ini, iaitu rundingan PBB mengenai iklim.

Hampir 200 negara berkumpul bagi menjayakan persidangan yang diadakan mulai hari ini hingga 19 Disember dalam usaha mencipta ‘Detik Paris’ untuk alam semula jadi.

Guterres bekas Perdana Menteri Portugis, yang menjadikan perkara berkaitan perubahan iklim sebagai isu pentingnya sejak menyandang jawatan itu pada 2017 menyifatkan manusia menyantuni alam semula jadi umpama menggunakan tandas.

Akibatnya, tambah beliau, manusia membunuh diri sendiri menggunakan proksi iaitu kehilangan peluang kerja, kebuluran, penyakit dan kematian.

Pencemaran ekosistem ini mengakibatkan kerugian ekonomi yang diunjurkan berjumlah AS$3 trilion (RM13.18 trilion) setiap tahun mulai 2030.

Sebelum sesi ceramahnya, lebih 10 penunjuk perasaan masyarakat Orang Asli mengganggu ucapan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, yang menjadi tuan rumah bersama acara itu dengan China.

Mereka mengibarkan sepanduk yang antaranya tertera ‘Pembunuhan Orang Asli = Pembunuhan Alam Sekitar’ dan ‘Henti Ceroboh Tanah Kami Bagi Selamatkan Kepelbagaian Biologi’

Laungan itu bergema selama beberapa minit saja sebelum mereka diiringi keluar sambil disambut dengan tepukan yang hambar.

“Seperti yang anda boleh lihat, Kanada adalah tempat bebas bersuara, di mana individu dan komuniti bebas boleh secara terbuka dan tegas, dan kami berterima kasih kepada mereka kerana berkongsi perspektif mereka,” kata Guterres.

Dunia berhadapan cabaran sangat menggerunkan, dengan satu juta spesies menghadapi risiko kepupusan; iaitu satu pertiga daripada semua tanah rosak teruk dan tanah subur hilang; manakala pencemaran dan perubahan iklim mempercepatkan pencemaran lautan.

Bahan kimia, plastik dan pencemaran tanah, air dan udara, manakala pemanasan bumi yang disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil menyebabkan gangguan iklim, daripada gelombang haba dan kebakaran hutan hinggalah kepada kemarau dan banjir.

Deraf sasaran untuk rangka kerja 10 tahun termasuk ikrar asas untuk melindungi 30 peratus daratan dan laut dunia menjelang 2030, menghapuskan subsidi perikanan dan pertanian berbahaya, menangani spesies penceroboh dan mengurangkan racun perosak.

Bagaimanapun, matlamat baharu itu sangat bergantung kepada pembabitan Orang Asli, yang menjaga tanah yang menjadi habitat kepada kira-kira 80 peratus daripada kepelbagaian biologi bumi.

Belah bahagi sudah pun muncul mengenai isu utama pembiayaan, dengan negara kaya berada di bawah tekanan untuk menyalurkan lebih banyak wang kepada negara membangun bagi pemuliharaan alam sekitar.

Harapan itu hilang kerana ketiadaan pemimpin dunia, dengan Trudeau menjadi satu-satunya pemimpin negara yang hadir.

(FOTO ::Antonio Guterres (kanan) bersama Justin Trudeau – Foto fb Trudeau)

Related posts

Leave a Comment