Konglomerat besar disaran contohi Syed Mokhtar

SHAH ALAM 7 Dis.- Kesediaan Syed Mokhtar Al-Bukhary mengembalikan manfaat keuntungan melalui syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) sebanyak RM60 juta kepada pesawah wajar dicontohi oleh konglomerat besar lain.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Razak Ridzuan berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan pemuafakatan antara Kerajaan Perpaduan dan Bernas dalam suasana yang harmoni demi kesejahteraan semua pihak.

“Kami juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas teladan yang baik ditunjukkan Tan Sri Syed Mokhtar dan langkah ini  wajar dicontohi oleh konglomerat besar lain,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau mengulas arahan kerajaan kepada Bernas untuk menyalurkan peruntukan RM10 juta bulan ini dan RM50 juta tahun hadapan kepada pesawah yang kurang berkemampuan dan dikategorikan sebagai pesawah miskin.

Rundingan awal antara Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Syed Mokhtar berkaitan Bernas telah berjalan dengan amat baik dan harmoni sebagaimana dinyatakan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

Related posts

Leave a Comment