Mesyuarat khas Kabinet Perpaduan

PUTRAJAYA 5 Dis. –  Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di sini, tiga hari selepas senarai anggota Jemaah Menteri diumumkan Jumaat lalu.

Kabinet itu mengandungi 28 orang menteri dan dua timbalan perdana menteri, selain Anwar sendiri memegang portfolio Menteri Kewangan.

Mesyuarat pertama yang dihadiri kesemua Jemaah Menteri itu bermula pukul 10 pagi.

Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 24 November lalu, hampir seminggu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) setelah tiada mana-mana parti politik atau gabungan berjaya memperoleh jumlah kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Related posts

Leave a Comment