PN, berhentilah bernostalgia

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Perikatan Nasional (PN) dinasihat supaya berhenti bernostalgia dan menerima hakikat kemenangan di 73 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak mampu untuk membentuk kerajaan Persekutuan. Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Khairuddin Aman Razali, berkata, pembentukan kerajaan Persekutuan yang baharu memerlukan majoriti mudah dengan bilangan sokongan sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen. Beliau menyangkal dakwaan PN, Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan minoriti, sebaliknya menjelaskan pembentukannya membabitkan sokongan 148 Ahli Parlimen. Ia membabitkan 82 dari Pakatan Harapan (PH), diikuti 30 BN, 23 wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS);…

Read More

Lantikan Zahid membingungkan

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Pelantikan Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri amat membingungkan ketika Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah. Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) yang gusar dengan pengumuman Perdana Menteri, Anwar Ibrahim itu berkata, pelantikan Zahid memberi isyarat salah daripada kerajaan yang berikrar mematuhi prinsip tadbir urus yang baik. Pegawai Eksekutif IDEAS. Dr Tricia Yeoh berkata, walaupun tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan melalui semua proses rayuan untuk mengekalkan kerusi di Parlimen, ahli-ahli Kabinet yang dilantik perlu mempunyai standard yang…

Read More

Sokong Kerajaan Perpaduan, bantu Sivakumar

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran menggesa rakyat memberi sokongan kepada barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang dibentuk kelmarin. Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Ipoh Barat itu menegaskan, barisan Jemaah Menteri yang mengangkat sumpah jawatan semalam adalah Kabinet yang diperlukan pada masa ini. “Saya menggesa mereka untuk melihat gambaran lebih besar. Inilah Jemaah Menteri yang kita perlukan pada masa ini, Jemaah Menteri inilah yang mendapat sokongan semua parti komponen Pakatan Harapan (PH),” katanya. Mengenai kedudukannya yang tidak terpilih dalam senarai Kabinet, bekas…

Read More

Kabinet ‘reformasi melegakan pengundi PH’

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Ketika pemimpin Perikatan Nasional (PN) terus mengkritik Kabinet Kerajaan Perpaduan, Dewan Pemuda Pas (DPP) Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ‘kerajaan campuran’ pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sama ada ia satu sindiran atau sebaliknya, Timbalan Ketua DPP, Afnan Hamimi dalam kenyataannya menzahirkan ucapan itu berikutan pengumuman barisan Kabinet yang dakwanya ‘cukup mantap dan membawa semangat reformasi’. “Pemuda Pas melihat pengumuman ini pasti memberikan ‘kelegaan dan kegembiraan’ kepada rakyat, khususnya pengundi Pakatan Harapan (PH) yang tekad melawan kleptokrasi dan mahukan semangat reformasi dalam pentadbiran kerajaan baharu,” katanya.…

Read More

DAP sokong Anwar tanpa syarat

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Sokongan DAP terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak mempunyai sebarang syarat, termasuk jumlah jawatan atau komposisi dalam Kabinet, kata Setiausaha Agung, Anthony Loke Siew Fook. Katanya, jika Anwar berjaya, bermakna Kerajaan Perpaduan ini berjaya, dan Malaysia akan berjaya. “We have only one objective, one participation, that is to make sure, Anwar Ibrahim succeed in this government. “Itu objektif penyertaan kita dalam kerajaan ini. We will do everything possible, segala yang boleh dan usaha bersungguh-sungguh, dalam mendokong kepimpinan beliau,” katanya pada satu sidang media semalam. Loke…

Read More

Tidak perlu lagi merengek, meroyan – Zahid

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Timbalan Perdana Menteri  Ahmad Zahid Hamidi meminta Muhyiddin Yassin supaya akur dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Beliau berkata, Muhyiddin perlu menghormati segala pelantikan dan tindakannya serta sekutu yang cuba mempertikaikan segala pelantikan ini adalah gambaran wajah sebenar mereka yang tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu. “Mahiaddin Yassin seolah-olah terus meroyan apabila gagal  dilantik sebagai Perdana Menteri dan tidak sampai 24 jam Kabinet angkat sumpah  Mahiaddin menuduh pembentukan kerajaan dan Kabinet tertubuh atas penipuan terhadap mandat…

Read More

Dr Dzulkefly tidak kecewa

SEPANG 4 Dis – Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad tidak kecewa walaupun tidak tersenarai menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan. Bekas Menteri Kesihatan kerajaan Pakatan Harapan itu sebaliknya bertekad untuk melaksanakan reformasi sektor kesihatan. “Salam semua. (Saya) tidak kecewa walaupun tak menganggotai Kabinet, asalkan saya dapat membantu melaksanakan reformasi (sektor) kesihatan,” katanya menerusi ciapannya di Twitter, malam tadi. Menerusi ciapan sama, beliau turut berkongsi pesanan mesej diterima daripada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi aplikasi WhatsApp: “Berharap kepulangan anda, saya bersimpati Doc (Dr). Saya harap kita dapat bekerjasama untuk memastikan…

Read More