BN mohon tangguh sesi menghadap

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Barisan Nasional (BN)  mengemukakan permohonan bagi menangguhkan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, , Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Perkembangan itu dimaklumkan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon yang ditemui selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn di sini, malam tadi.

Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah berkata, permohonan itu sudah dikemukakan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, selain memaklumkan belum menerima sebarang keputusan berhubung perkara itu.

Beliau berkata, BN juga belum membuat sebarang keputusan berhubung sokongan terhadap mana-mana gabungan parti politik bagi membentuk kerajaan Persekutuan, selain memaklumkan BN kekal dengan pendiriannya untuk berkecuali dan sedia menjadi pembangkang di Dewan Rakyat.

Barisan Nasional (BN) akan mengeluarkan satu kenyataan dalam masa terdekat berhubung status sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong secara individu membabitkan 30 Ahli Parlimen BN, kata Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup.

Related posts

Leave a Comment