KUALA LUMPUR 23 Nov. – Tiga pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) dan wakil pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) hadir di Istana Negara hari ini.
Mereka dilihat meninggalkan istana selepas hampir 40 minit menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Mereka ialah Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN, Mohammad Hasan; serta Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir.
Pemimpin BN yang memasuki Istana Negara pada pukul 10.45 pagi dan meninggalkan Istana Negara pada pukul 11.25 pagi.
Sementara itu, pemimpin GPS yang dilihat memasuki di Istana Negara sekitar pukul 11 pagi pula meninggalkan Istana Negara pada jam 11.50 pagi.
Mereka diwakili oleh Fadillah Yusof; Alexander Nanta Linggi dan Richard Riot Jaem.
GPS terdiri daripada empat komponen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
Istana Negara semalam menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menghadap Yang di-Pertuan Agong bermula pukul 10.30 pagi ini.
Proses berkenaan bagi membolehkan Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dapat membuat keputusan bagi melantik seorang Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.
