4.3 juta di Singapura lengkap vaksinasi

SINGAPURA 4 Sept. – Satu lagi kluster jangkitan Covid-19 dikesan di Hospital Besar Changi (CGH) semalam, yang ketiga yang dikaitkan dengan hospital itu sejak Jun tahun ini dan yang kedua yang masih aktif .

Klunter terbaru di CGH mempunyai 14 kes termasuk 11 daripadanya dilaporkan pada Jumaat sementara satu lagi kluster sedia ada yang dikenal pasti pada 3 Ogos lalu merekodkan empat kes.

Kluster pertama di hospital itu tahun ini dikenal pasti pada 25 Jun dan ditutup pada 31 Julai yang mempunyai 20 jangkitan.

Tujuh kluster tamat semalam  menjadikan jumlah kluster aktif di Singapura ketika ini sebanyak 59 dengan setiap satu mempunyai tiga hingga 1,155 jangkitan.

Sebanyak 29 kes baharu dikaitkan dengan kluster di lapan pusat pertukaran bas iaitu Tampines, Boon Lay, Jurong East, Toa Payoh, Bishan, Clementi, Punggol dan Sengkang. Ia kini mempunyai 377 kes.

Sementara itu, hampir 8.75 juta dos vaksin Covid-19 diberikan di bawah program vaksinasi nasional, dengan lebih 4.3 juta penduduk sudah selesai menjalani rejimen vaksinasi penuh setakat Khamis.

Selain itu, 168,254 dos vaksin lain yang diiktiraf di bawah senarai kegunaan kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) diberikan setakat Selasa, merangkumi 85,953 individu.

Secara keseluruhan, 80 peratus penduduk Singapura sudah selesai menjalani rejimen penuh atau menerima dua dos vaksin manakala 83 peratus sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment