MB dakwa cubaan PN ‘curi’ 4 ADUN BN

LENGGONG 27 Nov. –  Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad, mendakwa Perikatan Nasional (PN) cuba ‘mencuri’ empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan baru-baru ini. Justeru beliau yang juga Pengerusi BN Perak terpaksa mengambil tindakan segera untuk membentuk kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan (PH). Katanya, tindakan itu perlu kerana beliau tidak mahu senario sama seperti yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berulang, di mana dua ADUN BN ketika itu iaitu Zainol Fadzi Paharudin dan Nolee Ashilin Mohamed Radzi ‘dicuri’ untuk membentuk kerajaan negeri. “Perkara…

Read More

Wan Rosdy dilantik semula MB Pahang

KUANTAN 27 Nov. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Wan Rosdy Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Pahang selepas diperkenankan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah. Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang akan diadakan di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan pada pukul 11 pagi, esok. Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab. Rahman, berkata Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah berkenan menerima menghadap dan mendengar cadangan, usul serta…

Read More

Sikap tamak UMNO sukarkan rundingan di Pahang

SEPANG 27 Nov. – Sikap tamak pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Pahang yang mengenepikan mandat rakyat menyukarkan rundingan Perikatan Nasional (PN) untuk bersama membentuk penubuhan kerajaan negeri Pahang. Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, sejak awal, PN sedia berunding untuk membentuk kerajaan Pahang tetapi bukan dengan PH yang membawa agenda yang bertentangan dengan kepentingan rakyat. “Tetapi BN pula menuntut jawatan Menteri Besar dan mahukan tujuh kerusi Exco dan hanya setuju berikan PN satu kerusi exco sahaja walaupun mereka parti minoriti yang tiada mandat,” katanya dalam kenyataan melalui…

Read More

PAP bersedia peralihan kepemimpinan

SINGAPURA 27 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong, dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP), selepas badan pembuat keputusan tertinggi parti itu bermesyuarat semalam.. Wong dijangka mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Setiausaha Agung Lee Hsien Loong, yang tempoh peralihan belum ditetapkan parti pemerintah itu. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat, yang sebelum ini adalah Penolong Setiausaha Agung PAP, kini dilantik sebagai Pengerusi PAP. Beliau menggantikan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Gan Kim Yong, yang tidak bertanding bagi pemilihan semula semasa persidangan parti dwitahunan pada November…

Read More

Kes harian Covid-19 turun

PUTRAJAYA 27 Nov. – Kes harian Covid-19 yang direkodkan semalam (Sabtu) menunjukkan penurunan dengan merekodkan 2,898 kes berbanding 3,024 yang direkodkan sebelumnya. Data di portal KKMNOW menunjukkan dua daripada kes jangkitan baharu itu adalah kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,945,829 kes tempatan dan 38,443 kes import. Jumlah kematian pula meningkat kepada 36,648 apabila empat kes meninggal dunia direkodkan semalam akibat pandemik berkenaan dan tiada kes yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, 27,008 kes aktif dicatatkan pada Sabtu, meningkat sebanyak 105 berbanding sebelumnya dan…

Read More