Dua wakil PKR angkat sumpah Senator

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, hari ini.

Fuziah juga adalah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, yang dilantik pada tahun 2022.

Turut mengangkat sumpah Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy, juga dari PKR yang kali pertama mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pada 10 Disember 2022.

Dalam ucapannya, Awang Bemee mengucapkan tahniah kepada kedua-dua senator atas pelantikan semula.

Katanya, pelantikan berkenaan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengikut peruntukan Perkara 45(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan berkuat kuasa bermula hari ini hingga 9 Disember 2028, selaras Perkara 45(3) dan 45(3A).

“Selamat menjalankan amanah serta selamat berkhidmat,” katanya.

Related posts

Leave a Comment