2,877 kes harian Covid-19

PUTRAJAYA 25 Nov. – Jumlah kes harian Covid-19 yang direkodkan semalam adalah 2,877 termasuk tiga kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,939,916 kes tempatan dan 38,434 kes import.

Menurut laporan laman web KKMNOW, daripada jumlah itu sebanyak 26,856 adalah kes aktif di mana 24,743 sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 2,016 atau 7.5 peratus mendapatkan rawatan di hospital di mana 35 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) dan 62 kes memerlukan ABP.

Pada masa yang sama, sebanyak lapan kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 36,636 orang manakala 3,226 lagi pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,914,858 orang.

Sementara itu, kes harian tertinggi adalah di Selangor 701 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 311, Sabah 222, Melaka 207, Pulau Pinang 184, Kelantan 183, Sarawak 176, Kedah 165, Pahang 152, Perak 150, Negeri Sembilan 124, Wilayah Persekutuan Putrajaya 119 dan Terengganu 104.

Perlis mencatatkan kes terendah iaitu sembilan kes, manakala Wilayah Persekutuan Labuan 24 dan Johor 46.

Related posts

Leave a Comment