87.2 % lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 3 Okt. – Sebanyak 87.2 peratus atau 20.41 juta individu daripada populasi dewasa negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Pada masa yang sama, menurut portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 94.3 peratus atau 22.07 juta daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan, seramai 20.51 juta individu atau 62.8 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu, 72.7 peratus atau 23.73 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Selain itu, seramai 92,949 atau 3 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Sementara itu semalam, terdapat pertambahan 211,517 dos diberikan membabitkan kedua-dua populasi tersebut menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah lebih 44.14 juta.

Related posts

Leave a Comment