Dakwaan enggan bertemu penipuan besar

KUALA LUMPUR 21 Nov. –  Perikatan Nasional (PN) menafikan dakwaan enggan bertemu Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad bagi membincangkan pembentukan kerajaan negeri. Pengerusi PN Perak, Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataan malam ini, berkata dakwaan Saarani yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu disifatkan sebagai penipuan besar. Timbalan Presiden Bersatu itu sebaliknya memaklumkan sudah bertemu bagi membincangkan kemungkinan kerjasama PN dan Barisan Nasional (BN) bagi menubuhkan kerajaan Perak, bersama Saarani dan Setiausaha PN negeri, Zainol Fadzi Paharudin di Kuala Lumpur, semalam. Beliau menegaskan, PN berlapang dada dan terbuka untuk…

Read More

PN tidak tawarkan ‘peranan’ gabungan

KUALA KANGSAR 21 Nov. – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Perak, Saarani Mohamad mengakui dikunjungi Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Perak, Zainol Fadzi Paharudin, namun tidak ditawarkan sebarang peranan jika kedua-dua parti itu bersetuju bergabung membentuk kerajaan negeri. Katanya, atas faktor itu, beliau menerima pelawaan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan negeri, kerana ditawarkan jawatan sebagai Menteri Besar sekali gus membolehkan dirinya meneruskan perancangan ketika memikul jawatan itu sebelum ini. “Pada jam 3 pagi malam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), saya dikunjungi Datuk Zainol Fadzi tetapi dia kata dia tak boleh…

Read More

Saarani kekal Menteri Besar Perak

KUALA KANGSAR 21 Nov. – Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan,  Saarani Mohamad, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah Kuala Kangsar 5.40 petang ini. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan pelantikan Saarani yang juga bekas Menteri Besar penggal lalu. Perak menjadi negeri pertama yang menteri besarnya mengangkat sumpah, selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu lalu di mana dua lagi negeri yang mengadakan pilihan negeri adalah Perlis dan Pahang. Terdahulu, Saarani mewakili BN bersama ADUN Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari mewakili PH menyembahkan…

Read More

Bukan kerajaan PH, DAP

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Kerajaan Persekutuan yang akan dibentuk tidak akan dikenali sebagai kerajaan PH atau DAP, sebaliknya kerajaan bersifat gabungan, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim. “Ia bukan kerajaan DAP, bukan kerajaan PH. Ia adalah kerajaan gabungan,” kata Presiden PKR itu pada sidang media, di sini. Pada masa sama Anwar menolak kenyataan Muhyiddin Yassin yang mendakwa berjaya membentuk kerajaan dengan memperoleh sokongan majoriti daripada 112 ahli Parlimen. Katanya, sokongan daripada ahli Parlimen BN yang menyokong calon Perdana Menteri di luar ketetapan parti adalah tidak sah. “Kita adalah…

Read More

UMNO bukan peminta sedekah

KUALA LUMPUR 21 Nov. – UMNO bukan diwujudkan sebagai ‘peminta sedekah’ kepada mana-mana parti untuk memasuki blok kerajaan. Berikutan itu, lebih 50 Ketua UMNO Bahagian  mahu parti berkenaan untuk tidak bergabung sama ada dengan Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan campuran. Ketua Bahagian UMNO Ketereh,  Annuar Musa, berkata parti itu seharusnya menerima mandat yang diputuskan rakyat untuk menjadi pembangkang yang bermaruah dan berwibawa. “Kami berpendirian UMNO tidak perlu merangkak untuk duduk dalam kerajaan, kita reda menjadi pembangkang bagi membela rakyat. Apabila rakyat memberi mandat, kita sedia…

Read More

Langkah UMNO resipi untuk bencana

IPOH 21 Nov. – Perikatan Nasional (PN) menyifatkan langkah UMNO mahu menubuhkan kerajaan menerusi kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) di Perak ibarat resipi untuk bencana. Pengerusi PN Perak, Ahmad Faizal Azumu, berkata keputusan UMNO itu sekali gus mengesahkan ura-ura berlegar sebelum ini mengenai jajaran baharu kerajaan didalangi komponen Barisan Nasional (BN) itu dengan PH. “Tindakan ini mengesahkan cakap-cakap sebelum pilihan raya pemimpin UMNO sedang mengusahakan suatu bentuk jajaran baharu dengan PH semata-mata untuk kekal berkuasa. Kami juga tertanya-tanya di manakah keputusan Perhimpunan Agung UMNO ‘No Anwar, No DAP’,” katanya dalam…

Read More

Kenyataan PN ada 112 SD pramatang

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Kenyataan pemimpin Perikatan Nasional (PN) bahawa gabungan itu mempunyai lebih 112 surat akuan berkanun (SD) daripada Ahli Parlimen yang menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, disifatkan pramatang, mustahil dan tidak konklusif. Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Saifuddin Nasution Ismail, berkata kenyataan Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin itu tidak konklusif berkait angka sokongan majoriti yang didakwa dicapai. Beliau berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN),  Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menegaskan sebarang SD yang lain atau sebarang rundingan dengan parti-parti lain oleh mana-mana Ahli Parlimen UMNO adalah…

Read More

PN kemuka lebih 112 surat akuan

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Perikatan Nasional (PN) sudah mengemukakan surat akuan berkanun (SD) daripada Ahli Parlimen yang memberi kepercayaan kepada Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainudin, berkata surat akuan yang dihantar adalah melebihi 112 jumlah Ahli Parlimen. “Parti PN sudah mengemukakan SD daripada Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Ahli Parlimen Pagoh untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong. Jumlah SD yang dihantar adalah melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara…

Read More

Pas dakwa 18 ahli Parlimen BN sokong PN

ALOR SETAR 21 Nov. – Pas mendakwa sekurang-kurangnya 18 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin untuk diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10, sekali gus bersedia bersama PN. Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat,  Muhammad Sanusi Md Nor, berkata Muhyiddin yang memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu dijangka mengangkat sumpah di Istana Negara pukul 4 petang ini. Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar berkata senarai nama individu terbabit akan melalui beberapa prosedur dan perlu dihantar ke Istana Negara sebelum pukul…

Read More

Hishammuddin sedia dipecat tolak PH

PUTRAJAYA 21 Nov. – Penyandang kerusi Parlimen Sembrong, Hishammuddin  Hussein sanggup dipecat dari parti bagi mempertahankan prinsip menolak kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH). Beliau dalam twitternya berkata tidak akan berganjak daripada pendirian ‘No Anwar, no DAP’ seperti yang dilaunkan sendiri oleh Presiden BN, Ahmad Zahid Hamidi. “Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi – tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan. Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini. No Anwar, No DAP – pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat…

Read More