PN kemuka lebih 112 surat akuan

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Perikatan Nasional (PN) sudah mengemukakan surat akuan berkanun (SD) daripada Ahli Parlimen yang memberi kepercayaan kepada Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainudin, berkata surat akuan yang dihantar adalah melebihi 112 jumlah Ahli Parlimen.

“Parti PN sudah mengemukakan SD daripada Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Ahli Parlimen Pagoh untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong.

Jumlah SD yang dihantar adalah melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Related posts

Leave a Comment