Hishammuddin sedia dipecat tolak PH

PUTRAJAYA 21 Nov. – Penyandang kerusi Parlimen Sembrong, Hishammuddin  Hussein sanggup dipecat dari parti bagi mempertahankan prinsip menolak kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH).

Beliau dalam twitternya berkata tidak akan berganjak daripada pendirian ‘No Anwar, no DAP’ seperti yang dilaunkan sendiri oleh Presiden BN, Ahmad Zahid Hamidi.

“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi – tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan. Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.

No Anwar, No DAP – pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya.

Semalam, Hishammuddin yang juga bekas Menteri Pertahanan berkata, rakyat telah membuat pilihan mereka dalam PRU15, dan ia harus dihormati serta diinsafi..

“Jelas – tiada satu parti pun berupaya membentuk Kerajaan. Parlimen kini tergantung. Yang paling penting – Negara dan Rakyat memerlukan Kerajaan yang stabil dalam melangkah ke hadapan.

Ini sebabnya kita mesti bekerjasama dengan pihak yang berkongsi nilai dan matlamat yang sehaluan.

Namun, saya konsisten sejak sebelum ini lagi, dan saya tetap teguh pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan,” katanya.

Related posts

Leave a Comment