Anwar No.1 Ahmad Faizal No.4

TAMBUN 5 Nov. – Kerusi Parlimen Tambun, yang dianggap antara kerusi panas untuk Pilihan Raya Umum ke-15, menghadapi saingan empat penjuru yang melibatkan gabungan parti utama di negara ini.

Tiada calon Bebas yang menawarkan diri di kerusi yang dimenangi oleh calon Bersatu pada Pilihan Raya Umum 2018.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bahagian Parlimen 063 Tambun, Mohamad Fariz Mohamad Hanip berkata, tiada borang pencalonan yang ditolak oleh SPR selepas penamaan calon ditutup.

Pertembungan yang menjadi tumpuan adalah antara Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR dan Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumi, yang juga bekas Menteri Besar kerajaan PH.

Mengikut turutan, calon 01 ialah dari Anwar (PH), , diikuti calon Barisan Nasional (BN) Aminuddin Md Hanafiah, calon Pejuang Abdul Rahim Tahir, dan yang terakhir, Ahmad Faizal.

Pada pilihan raya umum yang lepas, Ahmad Faizal menewaskan calon Ahmad Husni Hanadzlah dan calon Pas, Ibrahim Zakaria dengan majoriti 5,320 undi.

Anwar pula sebelum ini mewakili Parlimen Port Dickson yang dimenangi melalui Pilihan Raya Kecil selepas wakil rakyat PKR ketika itu meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar.

Sementara itu, di peringkat DUN Hulu Kinta menyaksikan penyandangnya Muhamad Arafat Varisai Mahamad dari PH, akan dicabar oleh Mazlan Abdul Rahman (BN), Puteri Holijah Mohd Rani (PN), dan S Murugiah (Bebas).

DUN Manjoi pula bakal menyaksikan persaingan tiga penjuru,di mana penyandang Asmuni Awi dari PH, akan dicabar Azizul Kama Abd Aziz (BN),dan Hafez Sabri (PN).

Related posts

Leave a Comment