Zahid Hamidi hadapi saingan empat penjuru

BAGAN DATUK 5 Nov. – Calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Zahid Hamidi bakal berdepan saingan empat penjuru bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Pengerusi BN  yang menyandang kerusi berkenaan untuk tempoh lima penggal itu akan berdepan saingan calon Perikatan Nasional (PN) Dr Muhammad Faiz Na’aman dan Shamsul Iskandar Mohd Akin dari Pakatan Harapan (PH) yang disifatkan sebagai ‘giant killer’

Turut bertanding sebagai calon Bebas ialah anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Benut iaitu Tawfik Ismail.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Muhamad Ghopran Yeop Hamzah mengumumkan nama semua calon yang bertanding berkenaan di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh pada pukul 11.11 pagi.

Menurut Muhamad, Dr Muhammad Faiz menyerahkan borang penamaan pada pukul 9 pagi diikuti Tawfik (9.01 pagi); Shamsul Iskandar (9.08 pagi) dan Ahmad Zahid (9.13 pagi).

Jumlah pengundi di kawasan itu adalah 58,183 orang dan pada PRU14 lalu, Ahmad Zahid menewaskan Pakhrurrazi Arshad (PKR) dan Ata Abdul Muneim Hasan Adli (Pas) dengan majoriti 5,073 undi.

Related posts

Leave a Comment