Jokowi, Halimah antara tokoh Islam berpengaruh

SEPANG 1 Nov. – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), dan Presiden Singapura Halimah Yacob, adalah antara 500 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia bagi 2023 terbitan Pusat Pengajian Strategik Diraja Islam (RISSC).

Menerusi buku bertajuk ‘Dunia Islam: 500 Tokoh Islam Paling Berpengaruh di Dunia 2023’, Jokowi menduduki tempat ke-13 sementara Halimah pula berada di kedudukan ke-36 dalam senarai tahun ini.

Tempat pertama senarai itu menjadi milik Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud, tempat kedua adalah pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan ketiga, Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamid al-Thani.

Tidak ketinggalan, pemain bola sepak, Mohamed Salah, dari Mesir yang bermain untuk kelab Liverpool dalam Liga Inggeris berada di kedudukan yang ke-39. –

Senarai itu yang dikeluarkan berdasarkan pengaruh dan sumbangan pemimpin berkenaan dalam perkembangan Islam pada peringkat global turut menyenaraikan pemain bola sepak, Mohamed Salah, dari Mesir di tangga ke-39.

“Pengaruh adalah kekuatan yang dimiliki pemimpin, sama ada menerusi budaya, ideologi, kewangan, politik atau hal-hal lain.

“Pengaruh yang baik itu pula digunakan untuk perkembangan dan pembangunan masyarakat Islam di seluruh dunia,” kata RISSC.

Sementara itu Jokowi disebut sebagai pemimpin negara negara yang ‘menguasai lapan warisan dunia’ dan pemimpin yang mempunyai 78 juta pengikut di media sosial, sekali gus menunjukkan pengaruhnya dalam kalangan masyarakat, terutama rakyat Indonesia.

RISSC juga menyifatkan Jokowi sebagai pemimpin dengan profil ‘politik bersih’,  menempa nama sebagai pemimpin Islam yang baik menerusi profil politik yang bersih.

Jokowi mula tersenarai sebagai 50 pemimpin Islam terbaik dunia sejak 2014 dan pernah berada di kedudukan ke-11.

Sementara itu, Presiden Singapura, Halimah Yacob, mengekalkan kedudukannya sebagai antara 500 Pemimpin Islam Paling Berpengaruh di Dunia selama enam tahun berturut-turut.

Tahun ini, kedudukan presiden kelapan dan presiden wanita pertama di Singapura itu naik tiga tangga daripada 36 ke 33 dan beliau juga satu-satunya wanita yang disenaraikan antara 50 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia.

Beliau disenaraikan buat pertama kali pada 2018 dan ketika itu, berada di kedudukan ke-45 dan baki 450 yang disenaraikan tahun ini termasuk tiga lagi rakyat Singapura.

Related posts

Leave a Comment