Aktivis bahasa calon PKR di Sembrong

PETALING JAYA 1 Nov. – Setiausaha Pengelola PKR Johor dan Ketua Cabang Parit Sulong, Hasni Abas diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Sembrong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini.

Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, Hasni, 60, adalah seorang aktivis Bahasa Melayu dan pendidikan dengan latar belakang sastera dan sains politik, dan pernah berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka.

“Kami mengambil kira faktor, antaranya Sembrong mempunyai pengundi Felda yang tinggi dan belum pernah dimenangi oleh PKR dan sebab itu kami galaskan Hasni, selaku pejuang Bahasa Melayu untuk bertanding di kerusi tersebut,” katanya pada sidang media di ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Penyandang kerusi Parlimen Sembrong adalah Hishammuddin Tun Hussein yang mempertahankan kerusi tersebut sejak empat penggal lepas dan menurut laporan media, beliau memberi bayangan bahawa akan bertanding di kerusi itu.

Pada PRU lalu, Hishammuddin menang dengan majoriti 6,662 mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH).

Related posts

Leave a Comment

error: Content is protected !!