Ketua Puteri Kelantan ganti Annuar

KOTA BHARU 1 Nov. – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin, ditawarkan untuk menjadi calon di Parlimen Ketereh, kata penyandang  kerusi Parlimen Ketereh, Annuar Musa.

Ketika mendedahkan perkara itu, Annuar berkata, beliau sendiri dimaklumkan oleh Marzuani Ardila yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh.

“Ketua Puteri UMNO itu dipanggil mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan parti sebelum ini tanpa pengetahuan saya.

“Selepas itu, Ketua Puteri UMNO itu merujuk tawaran berkenaan kepada saya. Saya tidak tahu sama ada beliau menerimanya atau tidak.

“Saya cuma memaklumkan tanya hati sendiri dan kalau berasakan mampu menang, maka bertandinglah. Jangan bertanding semata-mata hanya untuk bertanding,” katanya.

Annuar turut memaklumkan beliau tidak menerima jemputan untuk Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional (BN) yang diadakan malam ini.

Related posts

Leave a Comment