Menteri lompat kekal

KUALA LUMPUR 1 Nov. –  Hampir semua penyandang kerusi Parlimen Perikatan Nasional (PN) bertaraf menteri yang pernah melompat parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), akan mempertahan kerusi mereka dalam PRU15. Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali yang menyandang kerusi Parlimen Gombak, akan mempertahan kerusi itu yang dimenanginya atas tiket Pakatan Harapan (PH-PKR). Beliau bakal menentang Menteri Besar Selangor yang juga bekas anak didiknya, Amirudin Shari yang mewakili PH. Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin pula kekal mempertahan kerusi Parlimen Larut yang dimenanginya atas tiket UMNO, manakala Menteri…

Read More

Ismail Sabri kekal di Bera

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengetuai senarai barisan menteri Kabinet Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Ismail Sabri kekal bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bera, Menteri Pertahanan, Hishamuddin Hussein kekal untuk kerusi Parlimen Sembrong manakala Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin beralih ke Sungai Buloh. Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, sebelum ini anggota Dewan Negara dinamakan sebagai calon kerusi Parlimen Kuala Selangor. Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong di kerusi Parlimen Ayer Hitam, Menteri Sumber Manusia yang juga…

Read More

Ustaz Kazim berdepan Hamzah di Larut

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias adalah antara muka baharu yang dicalonkan di Perak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini. Beliau dicalonkan untuk kerusi Parlimen Larut yang disandang oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Hamzah memenangi kerusi Larut pada pilihan raya umum lalu atas tiket BN (UMNO) tetapi meninggalkan parti itu untuk menyertai Bersatu bersama beberapa pemimpin UMNO lain. Turut menjadi tumpuan adalah Ketua UMNO Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah, yang diberi tanggungjawab besar menghadapi Ketua Pembangkang, Datuk…

Read More

Lima Menteri BN tidak disenaraikan

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Lima menteri Kabinet Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, digugurkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Mereka adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Arau); Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh); Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang); Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara); dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi). Bagaimanapun kedudukan Noh yang juga Pengerusi BN Selangor menimbulkan…

Read More

PN tanding 169 kerusi Parlimen

KUALA LUMPUR 1 Nov. –  Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di 169 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) pada 19 November ini. Daripada jumlah kerusi Parlimen itu, Bersatu diperuntukkan 74 kerusi, Pas 64, Gerakan 20 dan Bersekutu 11 manakala bagi kerusi DUN pula, agihannya Pas 57, Bersatu 41, Gerakan 14 dan Bersekutu 4. Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan demikian pada majlis pengumuman calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) PN di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), malam ini.…

Read More

Jom Balik Undi bersama MASwings

KOTA KINABALU 1 Nov. – MASwings menawarkan tambang penerbangan balik mengundi sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menerusi promosi ‘Jom Balik Undi’ dengan tambang serendah RM135 sehala. Menerusi satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Operasi MASwings, Kapten Nasaruddin A Bakar, berkata tempahan dibuka bermula hari ini hingga 30 November ini dengan tarikh penerbangan sehingga 31 Disember depan. Katanya, MASwings juga menambah penerbangan bagi memenuhi peningkatan permintaan yang dijangka di beberapa laluan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. “Kekerapan penerbangan akan ditingkatkan kepada 28 kali seminggu berbanding 21 kali seminggu…

Read More

Tol : baru saja ‘top up’ dah habis.

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Pengerusi Penasihat PKR,  Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Pakatan Harapan (PH) perlu memansuhkan tol di Lebuhraya Utara-Selatan kerana ia adalah isu rakyat. “Saya tidak ada dalam jawatankuasa itu, tapi salah satu kita rasakan (perlu), saya sendiri pun terasa dengan tol ini, baru saja ‘top up’ (tambah nilai) dah habis. “Bukan saja tol, pendapatan kita tidak meningkat tapi barang keperluan, makanan dan perbelanjaan meningkat. Ini satu isu yang patut ditangani bersama,” katanya ditemui media selepas melawat empat keluarga di Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak…

Read More

Tee Keat, Chee Keong wakili Warisan

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Bekas presiden MCA, Ong Tee Keat, adalah di antara 26 calon Parti Warisan, dari Sabah yang akan bertanding di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini. Presiden Warisan Shafie Apdal ketika mengumumkan demikian berkata, Tee Kiat akan dicalonkan di kerusi Parlimen Pandan, yang dijangka turut ditandingi Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli. Selain itu, bekas wakil rakyat yang pernah menang atas tiket DAP dan PKR, Wee Chee Keong, turut dinamakan sebagai calon Warisan untuk bertanding di Parlimen Wangsa Maju. Shafie berkata, antara kawasan Parlimen…

Read More

Aktivis bahasa calon PKR di Sembrong

PETALING JAYA 1 Nov. – Setiausaha Pengelola PKR Johor dan Ketua Cabang Parit Sulong, Hasni Abas diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Sembrong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini. Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, Hasni, 60, adalah seorang aktivis Bahasa Melayu dan pendidikan dengan latar belakang sastera dan sains politik, dan pernah berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka. “Kami mengambil kira faktor, antaranya Sembrong mempunyai pengundi Felda yang tinggi dan belum pernah dimenangi oleh PKR dan sebab itu kami galaskan Hasni, selaku pejuang Bahasa…

Read More