Lima Menteri BN tidak disenaraikan

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Lima menteri Kabinet Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, digugurkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mereka adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Arau); Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh); Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang); Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara); dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi).

Bagaimanapun kedudukan Noh yang juga Pengerusi BN Selangor menimbulkan persoalan apabila tiada pengumuman calon dibuat untuk kerusi Parlimen Tanjong Karang.

BN juga tidak menamakan calon bagi kerusi Jempol, Bandar Tun Razak, Kuala Nerus, Tumpat dan Kuala Pilah.

Turut digugurkan empat timbalan iaitu Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar) dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib yang tidak dicalonkan semula di kerusi Parlimen Maran.

Selain itu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah di Parlimen Jasin dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar).

Related posts

Leave a Comment