Jom Balik Undi bersama MASwings

KOTA KINABALU 1 Nov. – MASwings menawarkan tambang penerbangan balik mengundi sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menerusi promosi ‘Jom Balik Undi’ dengan tambang serendah RM135 sehala.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Operasi MASwings, Kapten Nasaruddin A Bakar, berkata tempahan dibuka bermula hari ini hingga 30 November ini dengan tarikh penerbangan sehingga 31 Disember depan.

Katanya, MASwings juga menambah penerbangan bagi memenuhi peningkatan permintaan yang dijangka di beberapa laluan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kekerapan penerbangan akan ditingkatkan kepada 28 kali seminggu berbanding 21 kali seminggu bagi laluan di antara Miri-Labuan, Miri-Sibu, Kota Kinabalu-Lahad Datu dan Kota Kinabalu-Labuan bermula 18 hingga 21 November.

Bagi laluan Kuching-Limbang, operasi semasa pada Isnin, Khamis dan Sabtu akan ditambah dua kali penerbangan harian pada 18 dan 20 November.

“Sebagai nadi Borneo, kami komited untuk menyediakan pengangkutan udara yang selamat dan boleh dipercayai bagi menyokong serta memenuhi keperluan pergerakan pada PRU15 dan menggesa pengundi balik ke kampung mereka bagi melaksanakan hak sebagai rakyat Malaysia.

Kami menggalakkan semua pengundi dan pelanggan MASwings untuk membuat tempahan awal bagi mengelakkan kekecewaan dan ketinggalan tawaran.

Maklumat lanjut berhubung tawaran berkenaan boleh diperolehi melalui laman sesawang rasmi MASwings di www.maswings.com.my / www.malaysiaairlines.com.

Related posts

Leave a Comment