Bersaing duduki kerusi PM Britain

LONDON: Boris Johnson, Rishi Sunak dan Penny Mordaunt dijangka bersaing untuk jawatan Perdana Menteri Britain bagi menggantikan  Liz Truss yang meletak jawatan baru-baru ini.

Mereka yang berpotensi untuk menggantikan Truss, mula melobi bagi mendapatkan pencalonan yang mencukupi menyertai pertandingan kepemimpinan sebelum tarikh akhir, iaitu pada Isnin.

Johnson yang sedang bercuti di Caribbean semasa Truss meletak jawatan

kembali ke Britain pada Sabtu untuk mempertimbangkan tawaran bagi penggal kedua sebagai Perdana Menteri.

Beliau tidak mengulas secara terbuka mengenai tawaran bagi jawatan lamanya itu tetapi  telah menerima sokongan daripada berpuluh-puluh Ahli Parlimen Konservatif dan memerlukan 100 pencalonan untuk dipertimbangkan mengisi jawatan itu.

Menteri Jabatan Perdagangan, James Duddridge berkata, Johnson telah memperoleh 100 pencalonan manakala Rishi Sunak dilaporkan lebih daripada 110 undi pencalonan.

Sementara itu pemimpin Dewan Rakyat Britain Penny Mordaunt pada Jumaat menjadi orang pertama yang mengumumkan hasratnya untuk menjadi calon Perdana Menteri Britain.

“Saya mendapat galakkan dan sokongan daripada rakan seperjuangan yang mahukan permulaan baharu dan parti yang bersatu demi kepentingan negara.

Saya bertanding untuk menjadi ketua Parti Konservatif dan perdana menteri anda…untuk menyatukan negara kita, menunaikan ikrar kita dan memenangi pilihan raya umum akan datang,” kata bekas Menteri Pertahanan itu menerusi Twitter

Sunak, bekas Menteri Kewangan yang juga ahli politik Parti Konservatif turut mengumumkan akan bertanding untuk menggantikan Truss.

Ia kali kedua Sunak menawarkan diri untuk menerajui United Kingdom (UK) dalam tempoh sebulan, ketika negara itu bergelut dengan pelbagai krisis.

“UK sebuah negara yang hebat, namun kita menghadapi krisis ekonomi yang mendalam. Saya mahu memperbaiki ekonomi kita, menyatukan parti kita dan berkhidmat untuk negara kita,” katanya melalui Twitter.

Sunak tewas kepada Truss dalam saingan untuk menggantikan Boris Johnson pada September lalu, selepas kalah dalam pemilihan yang diadakan ahli parti Konservatif di seluruh negara.

Sebelum mengisytiharkan pada Ahad, Sunak menerima lebih banyak sokongan daripada penggubal undang-undang Konservatif berbanding dua pesaingnya iaitu, Penny Mordaunt dan Johnson.

Sunak meninggalkan kerajaan Johnson pada Julai, membantu mencetuskan pemberontakan yang menjatuhkannya.

“Akan ada integriti, profesionalisme dan akauntabiliti di setiap peringkat kerajaan yang saya pimpin dan saya akan bekerja hari demi hari untuk menyelesaikan tugas itu. Saya meminta diberikan peluang untuk membantu menyelesaikan masalah yang kita hadapi,” katanya melalui kenyat

Related posts

Leave a Comment